“Bila seorang isteri bangkit dari kekecewaan” – Netizen

Tak semua orang mampu bangkit setelah mengalami masalah besar dalam hidup lebih-lebih lagi jika ia melibatkan permasalahan rumahtangga. Buat mereka yang sudah berumah tangga pastinya mengimpikan hubungan yang kekal harmoni sehingga ke akhir hayat. Tiada siapa yang mahu menjalani pencer4ian lebih-lebih lagi jika disebabkan permasalahan orang ketiga diantara hubungan suami isteri.

Buat para netizen yang sentiasa mengikuti topik-topik semasa dalam kalangan artis hiburan tanah air pasti sudah tahu mengenai permasalahan yang kini dihadapi oleh pelakon cantik Puteri Sarah Liyana. Dipuji sebagai seorang wanita yang kuat dan tegar menghadapi cabaran hidup, dia sentiasa menunjukkan sifat positif di khalayak ramai walaupun hati masih bergelut dengan kesedihan.

Anak kelahiran London ini bukan sahaja terkenal dengan kecantikan semula jadinya, malah dia juga merupakan graduan ijazah di UiTM beberapa tahun yang lalu sebelum mendirikan rumahtangga. Bukti kasih dan cinta antara Puteri Sarah dan suami iaitu Sy4msul Yus0f yang telah berumahtangga pada tahun 2014 ini telah dilengkapi dengan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Sempat berhenti lama dan berehat dari apa-apa kerja dalam industri lakonan, sejak dua tahun lalu Puteri Sarah mula bergiat aktif kembali dalam lakonan dan permodelan. Dalam tak sedar ternyata sudah enam tahun Sarah memutuskan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa menjaga anak-anak dan suami di rumah.

Hal ini dikongsi oleh Puteri Sarah sendiri di Instagramnya disebabkan perasaan yang bercampur-baur gembira, bangga serta terharu dengan pencapaian dan semangatnya itu. Tidak terus j4tuh dan merundum dengan ujian berat yang diberikan kepadanya, Puteri Sarah kini mampu memiliki kereta jenama mewah Mercedes Benz dengan hasil titik peluhnya sendiri semenjak bekerja kembali dalam industri hiburan.

Mengakui putera sulung dan puterinya itu merupakan pembak4r semangat utama untuk bekerja dengan lebih keras, Puteri Sarah bersyukur apabila kedua belah keluarga Sarah serta mertua turut memberikan sokongan penuh kepada Sarah untuk tetap bersemangat. Dakwa Sarah, selain berlakon dan menjadi model dia turut giat melakukan perniagaan penjagaan kulit miliknya yang bernama Shara Skincare.

Peminat dan netizen rata-rata memuji tinggi sikap dan kegigihan Puteri Sarah sehingga dikatakan seperti wanita besi disebabkan kekuatannya mencari rezeki demi kebahagian anak-anak.

Kata-kata yang dikongsikan oleh Sarah sebagai kapsyen juga turut memberi banyak inspirasi mereka di luar sana untuk terus kuat mencari rezeki dan tidak mengharapkan suami semata-mata.

Betul kata Puteri Sarah, mungkin orang lihat pencapaiannya itu sebagai perkara yang biasa-biasa sahaja. Hanya mereka yang menjalani kesusahan dan penat jerih sahaja yang bakal faham nilai sentimental sesuatu perkara tersebut kepada seseorang. Tahniah Sarah. Cantik sangat kereta baru. Mesti Syaikul dan Sumayyah seronok lepas ni boleh jalan-jalan naik kereta baru.

Sumber: Instagram Puteri Sarah Liyana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!