“Pakai r0mpers ke tu” – Netizen

Sekarang ini terdapat pelbagai pilihan jenis pakaian. Maklumlah di zaman serba-serbi canggih ini, bab pakaian pun begitu juga. Jika dulu-dulu kita melihat satu-satu kaedah pakaian itu hanya sesuai untuk bayi dan si kecil, kini ia juga dicipta untuk orang dewasa. Misalnya ada yang mendakwa pakaian dikenakan selebriti, Nora Danish ini jenis r0mper.

Bagi para ibu misalnya, umum maklum pekaian sedemikian biasanya hanya digunakan anak kecil. Masakan tidak, r0mper yang disarung sebagai baju siap bahagian ‘seluar’ membuatkan pemakainya tampak kemas.

Iyalah… dah baju sekali seluar, lazimnya kalau mereka yang mahu menyarungkan baju jenis ‘masuk dalam’ atau ‘tuck in’ memang sesuai pakai r0mper ni. Tapi tak pastilah pula baju Nora ni jenis apa kan… sebab tak dimaklumkannya.

Apa pun bila tengok Nora berkongsi video dirinya memperlihatkan baju putih dipakai bersama seluar warna khakis itu memang agak terserlah di bahagian pinggangnya akan bentuk V seakan r0mpers.

Mengambil video dirinya menerusi sebuah cermin, terserlah jua sedikit bahagian seakan warna kulit di kiri dan kanan pinggangnya itu yang sememangnya ramping dan tidak dapat dipertikaikan lagi.

“Pakai r0mpers ke tu?”, “I love that top”, “Love2 the top, klo sy pakai, dah menggelebeh lemak kiri kanan dah”, “Love your outfit”, “Nampak kuyus”, “Yer kami tahu k.nora syg kvrus langsing lagi cantik menawan”. Itu antara komen netizen.

Biarpun ada berminat mahu tahu sama ada baju dipakai Nora itu jenis r0mper atau apa saja, begitupun ada mendakwa apa disarung di badannya itu adalah pakaian jenis ‘top’. Macam-macam fesyen ada ya…

Apa pun sudah nama pun artis glamor, setiap apa dikenakan dan dipakai Nora, ramai yang mahu tahu dan teringin mendapatkannya. Siapa yang tak mahu cantik dan bergaya macam Nora kan…

Baru-baru ini ada mempertikaikan bahawa Nora mengedit foto yang dikongsikan di medsosnya untuk kelihatan ramping. Begitupun ia dinafikan wanita jelita itu dengan menunjukkan melalui video saiz pinggangnya.

Justeru selepas itu, ramai netizen percaya Nora tidak melakukan kerja menyunting fotonya sendiri untuk kelihatan elok. Gamaknya videonya kali ini pun masih untuk membuktikan perkara sama. Yaa… ramping Nora…

Sumber : IG Nora Danish

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!