“Tq paknil permudahkan urusan Zamani. Taknaklah sebutir lg permata hil4ng kt Malaysia ni” – Netizen

Kehiilangan beberapa nama besar dan bintang dalam industri hiburan yang silih berganti telah memberi kejutan terhadap ramai orang. Jadi segala upaya dan usaha pasti akan dilakukan bagi membantu mana-mana artis tempatan yang ditimpa musibah seperti peny4kit yang memerluk4n kos perawatan tinggi bagi mendapatkan kembali kesembuhan seperti sedia kala.

Pasti ramai yang sudah tahu dengan keadaan semasa yang telah menimpa seorang penyanyi ternama sejak zaman 90an ini. Zamani Ibrahim yang mula dikenali sejak menjadi vokalis kepada kumpulan Slam ini masih menjadi kesayangan ramai hingga kini kerana sikapnya yang sangat mesra, ramah serta tidak somb0ng.

Bukan itu sahaja, bakat hebat nyanyiannya juga sudah tidak perlu dipertikaikan lagi. Lagu-lagu nyanyiannya juga sudah menjadi kegemaran bukan sahaja dalam negara malah di beberapa negara-negara Asia yang lain.

Keadaan fizikal Zamani yang kini kurang sihat dan semakin membongkok memaksa dirinya untuk terus mencari rezeki walaupun s4kit dan tidak mampu berdiri lama. Sumber mengatakan bahawa kos pembed4han yang harus dikeluarkan oleh Zamani adalah sangat tinggi untuk kembali pulih seperti dahulu.

Bergantung hanya kepada sumber wang dari nyanyian, masih ada insan yang berbesar hati dan mulia untuk bantu mencari dana buat Zamani agar dapat menjalani pembed4han seperti yang disarankan oleh doktor bagi fizikalnya kembali sihat.

Hanya mengambil masa selama 24 jam sahaja, Datuk Hj Aznil Nawawi telah berjaya mengutip dana selama RM60,000 hasil dari derma dan bantuan dari para netizen dan peminat. Usaha yang dilakukan itu bukanlah perkara yang sia-sia apabila netizen dan peminat juga memberi sokongan penuh terhadap kedua selebriti hebat ini tidak kira sama ada kepada Paknil sendiri mahupun Zamani.

Usaha hebatnya itu telah dipuji ramai apabila Paknil sendiri sanggup bersusah-payah demi membantu rakan seperjuangan dalam industri hiburan. Bukan sahaja Paknil, netizen dan peminat juga ramai yang terharu dan bersyukur kerana dana dapat dikumpulkan dengan sangat banyak walaupun hanya mengambil masa selama satu hari.

Ribuan terima kasih diucapkan buat Paknil yang sangat berbaik hati membantu dan mengajak ramai mereka diluar sana untuk sama-sama membantu permata hebat negara ini. Semoga dana yang dikumpul dapat digunakan buat Zamani untuk kembali sembuh dan sihat seperti dulu lagi.

Sumber: Instagram Datuk Aznil Hj Nawawi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!