“Seronoknya jadi dia, b4dan tak berisi pun” – Netizen

Tanggal 9 Mei yang lalu, pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah, telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu negara. Suami tercintanya, Wan Emir Astar, berkongsi nama bayi mereka sebagai Wan Khair Amir. Mira dan Wan Emir selamat diijabkabulkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putarajaya pada 3 September 2020.

Bercerita lanjut mengenai pemilihan nama anak, suami Mira menjelaskan bahawa Khair membawa makna baik dan elok yang juga diambil daripada nama arw4h papa, Wan Mohammad Khair-il Anuar. Amir pula bermaksud orang yang memegang perintah dan pemimpin. Nama ini juga diambil sebagai variasi daripada nama mereka berdua iaitu Emir dan Amirah.

Sebelum ini, perkongsian foto di Instagram daripada pelakon dan pengacara, Mira Filzah, bersama keluarga kecilnya menerima perhatian warganet. Menerusi foto berkenaan, bekas pengacara Nona itu memuat naik beberapa foto selepas dibenar pulang ke rumah dari h0spital hanya seminggu melahirkan putera sulungnya.

Serentak itu, pujian netizen terhadap kecantikan Mira yang diumpamakan bidadari syurga. Rata-rata peminat dan rakan artis turut memuji kecantikan ibu seorang cahaya mata itu. Peminat juga mendoakan Mira dan bayinya sentiasa diberikan kesihatan yang baik.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Mira Filzah, pelakon cantik berkenaan telah berkongsi perkembangan terbaru beliau yang membawa anak sulungnya ke h0spital bagi menjalani rutin bulanan pemeriksaan bayi memandangkan anaknya sudah berusia 6 minggu.

Beliau yang tampil bergaya sambil menolak kereta sorong bayi itu tampak jelita dan kelihatan ceria.

Mira sempat merakamkan gambar kenangan bersama anak lelakinya itu di sekitar kawasan h0spital dan memuatnaik gambar berkenaan di media sosial buat tatapan para peminat yang merindui perkongsian beliau.

Hantaran berkenaan meraih perhatian para netizen malahan rakan artis juga turut membanjiri ruangan komen perkongsian terbaru daripada Mira itu.

Kebiasaannya buat pasangan yang baru menimang cahaya mata pastinya tidak dapat lari daripada pengalaman berjaga malam memandangkan perlu memberikan perhatian khusus kepada bayi yang baru lahir.

Di sebabkan itu, berkemungkinan besar akan menyebabkan wajah agak lesu dan penat. Walaubagaimanapun, ianya berbeza buat Mira Filzah. Warganet merasa kagum melihat penampilan terkini pelakon drama Sweet Dream itu apabila beliau kelihatan sangat cantik dan bertenaga.

Rata- ratanya netizen memuji raut wajah dan juga penampilan Mira yang tidak ubah seperti anak dara meskipun baru sahaja bergelar ibu 6 minggu yang lalu.

Berikut di kongsikan komen- komen rakan artis dan juga netizen yang kagum dengan penampilan terkini pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 32 itu.

Beruntung sungguh pemilik nama Mira Filzah ini meskipun sudah melalui fasa hamil dan juga bersalin, namun bentuk badan beliau masih kekal seperti dahulu dan tidak terjejas.

Sumber: Instagram mira filzah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!