“Kalau naik masa salji mesti best”- Netizen

Gunung Kinabalu antara destinasi pelancongan yang popular di Negeri Bawah Bayu iaitu Sabah. Tarikan Gunung Kinabalu membuatkan ramai kumpulan pendaki berhasrat ingin mendaki gunung tersebut yang mempunyai ketinggian 13,435 kaki. Walaupun cukup mencabar tatkala mendaki Gunung Kinabalu itu, ia ternyata membuahkan hasil apabila pemandangan indah dari puncak gunung cukup memuaskan bagi golongan pendaki.

Siapa sangka, penyanyi Elizabeth Tan juga telah berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu. Meskipun berbadan kecil, semangat Elizabeth atau dikenali dengan nama panggilan Lizzy ini cukup berkobar-kobar. Bukan mudah untuk mendaki Gunung Kinabalu tau..

Bagi Lizzy, pengalaman mendaki Gunung Kinabalu adalah satu memori yang takkan dilupakan. Namun Lizzy tidak berkesempatan untuk menikm4t1 salji di puncak gunung kinabalu yang hangat diperkatakan di laman sosial media baru-baru ini.

Lizzy antara salah seorang selebriti yang berjaya sampai di Gunung Kinabalu. Tahniah Lizzy, power betul Lizzy.

Melihat pada video yang dikongsi Lizzy ketika berada di puncak Gunung Kinabalu, cuaca dalam keadaan baik dan pemandangan yang sungguh cantik.

Reaksi wajah Lizzy pun cukup teruja selepas berjaya mendaki sehingga ke puncak gunung meskipun penat mendaki selama berjam-jam.

Dalam pada itu, video dikongsi Lizzy menerima ucapan tahniah dan pelbagai reaksi daripada pengikut-pengikutnya. Rata-rata pengikut Lizzy teruja melihat video pemandangan daripada puncak gunung yang dimuatnaik Lizzy.

Video berkenaan telah menerima 192,000 tontonan dan 247 komen.

“Congrats Lizzy semangat ye naik gunung kinabalu, terbaik lah lizzy boleh maintain, lizzy tak jumpa salji ke”- Netizen

Seronoknya Lizzy dah berjaya sampai puncak Gunung Kinabalu. Tapi Lizzy tak dapat tengok salji, kalau dapat tengok mesti untung sangat. Apa-apa pun, tahniah Lizzy dah dapat naik Gunung Kinabalu. Bukan mudah tu…

Sumber: Instagram Elizabethtan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!