“Tgk muka baba yg angguk2 tu pasaipa, kemain fokus” – Netizen

Selalunya tingkah laku anak-anak ini adalah cermin kepada ibubapanya sendiri. Apabila dibesarkan oleh ibubapanya sendiri, pasti sikap anak sedikit sebanyak ada yang mencerminkan diri ibubapanya sebenarnya. Jebat Jayden, anak kepada Mamu, Sharnaaz Ahmad tak perlu diperkenalkan lagi. Semua sudah tahu bahawa itu adalah anak Mamu, kerap bersama meskipun hak penjagaan kepada ibunya, Nabila isteri kepada Engku Imran.

Namun, setiap hari, tiga kali masa untuk Mamu bertemu dengan anaknya. Tiada sekatan masa untuk Mamu bertemu anaknya. Sangat berdisiplin dan profesional. Tidak ada bermasam muka meskipun telah berp1sah lama.

Sewaktu masanya dihabiskan bersama anaknya, Mamu kelihatan girang dan leka bermain permainan video game. Tetapi anaknya pula mencur1 perhatian. Apabila reaksi comel Jebat membuatkan ramai terhibur dengan hanya anggukan kepalanya.

Reaksi beliau melihat babanya bermain dengan leka,malah kemain fokus sehingga Jebat pun angguk-angguk kepala melihat babanya bermain permainan tersebut. Selepas itu dengan arahan babanya “ke kanan”, ” bawah, bawah”, pun mencuit hati.

Bukan apa, kerana mencuit hati kerananya Jebat mengulang kata-kata tersebut tetapi tanpa keluar suara. Hanya mulut saja bergerak, ternampak lid4hnya pun bergerak-gerak. Comel betul tingkah lakunya.

Apatah lagi seusia Jebat ini ramai lagi kanak-kanak yang belum sematang Jebat, malah masih ramai yang belum pandai bermain dan fokus seperti Jebat. Malah, tidak ramai juga boleh menerima tegur4n seperti Jebat. Matang sebelum usia. Bagus didikannya.

Rakan artis pun memberikan komen. Komen-komen semua tertumpi kepada Jebat, yang pandai membawa diri dan pandai menjaga hati babanya. Meskipun tidak mahir didalam permainan tersebut tetapi tetap bermain sehingga permainan tamat.

Inilah komen-komen mereka. Selain rakan artis memberikan komen, netizen pun sempat memberikan komen diruangan komen ig milik Sharnaaz Ahmad. Lihat komen mereka.

Setelah apa yang berlaku baru-baru ini, ramai yang bertanyakan tentang Nabila masih membenarkan Jebat berjumpa dengan babanya.

Dan jawapan Nabila, ya sudah tentu. Ini kerana Mamu telah berceritakan hal sebenarnya apa yang telah terjadi kepada Nabila “saya tahu kisah sebenar”, kata Nabila, ibu kepada Jebat Jayden.

Sumber: instagram sharnaazahmad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!