“Tok Ram ni nampak mcm tak romantik tapi hati baik sebenarnya”- Netizen

Ada yang mengatakan bahawa jodoh adalah cerminan diri. Jika baik sikap kita, maka baik jugalah sikap pasangan kita. Walaupun begitu, terkadang sifat yang ada pada pasangan adalah berlawanan dari diri kita. Jika seseorang itu tegas sifatnya, maka pasangannya pula adalah seorang yang manja dan lembut pula. Tetapi tiada siapa yang tahu bagaimana sifat sebenar-benarnya seseorang itu kecuali pasangan sendiri.

Hubungan pasangan artis ini yang pernah menjadi tanda tanya pada waktu dahulu yang akhirnya mula terbongkar pada tahun 2014. Tiada siapa yang pernah menyangka bahawa Datin Noor Hasliah atau lebih dikenali sebagai Datin Alyah ini ternyata telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 secara tertutup.

Ramai yang terkejut bila mendengar berita tersebut lebih-lebih lagi apabila mengetahui bahawa pasangannya adalah Dato’ Ramli MS yang sememangnya amat terkenal dalam industri muzik tanah air.

Mesra dengan gelaran Tok Ram, ramai yang sudah maklum bahawa Tok Ram dikenali sebagai seorang yang tegas dan garang lebih-lebih lagi bila diberikan tugas sebagai juri professional rancangan televisyen.

Seorang adalah penyanyi dan seorang lagi adalah pemuzik hebat, ramai yang masih tidak sangka bahawa dalam ketegasan yang ditunjukkan Tok Ram itu ternyata dia telah berjaya mencuuri hati penyanyi cantik kelahiran Johor ini. Bukan sahaja cantik, Datin Alyah juga pernah menjadi pujaan jejaka sebelum bergelar isteri dahulu kerana suaranya yang lantang dan enak ketika bernyanyi.

Sempena menyambut kelahiran si isteri yang telah lahir pada 3 Januari ini, satu gambar baharu telah dimuatnaik oleh Datin Alyah ke laman Instagramnya bersama suami sambil memegang sejambak bunga. Ramai yang memuji bahawa Tok Ram juga merupakan seorang yang baik hati malah romantik terhadap isteri.

Datin Alyah mengucapkan puji syukur ke atas kesempatan suaminya itu untuk sama-sama menyambut hari kelahirannya bersama.

Gambar yang dimuatnaik itu telah diambil secara spontan kerana terlihat dari posisi duduk Tok Ram yang tidak bersedia dan riak wajah yang masih tidak mahu menunjukkan bahawa dia juga seorang yang romantik.

Ruangan posting telah dibanjiri dengan ratusan komen dari sahabat, peminat dan netizen yang turut sama mendoakan kesejahteraan rumah tangga milik pasangan sejoli ini serta kesihatan yang baik buat Datin Alyah.

Selamat ulang tahun yang ke 41 diucapkan untuk Datin Alyah. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina bersama Tok Ram kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Lepas ni boleh kongsi lagi detik-detik manis dan romantik bersama Tok Ram. Mesti ramai yang teruja dapat tengok Tok Ram romantik dengan isteri tersayang.

Sumber: Instagram Datin Alyah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!