“Suka tengok dia dgn bibik dia, best je” – Netizen

Bukan senang untuk menjadi seorang majikan yang bertanggungjawab dan pada masa yang sama menyeronokkan apabila bergaul bersama pekerja. Selalu kita dengari kisah-kisah majikan bersifat d1taktor atau erti kata lain, ‘b0ssy’ membuatkan pekerja tidak senang untuk menjalankan kerja mereka masing-masing. Namun, masih ada segelintir majikan yang masih punyai hati yang baik dan mahu pekerja mereka gembira apabila melakukan tugasan mereka.

Siapa lagi yang tidak mengenali pelakon wanita, Datin Eina Azman. Beliau sudah kurang timbul dalam industri seni dan lebih banyak memfokuskan diri dengan keluarganya dan kerana itu, beliau sangat memberi inspirasi kepada warga netizen di luar sana.

Walaupun Datin Eina sibuk dengan keluarga beliau, beliau cuba juga untuk berjinak kembali dalam bidang lakonan pada tahun lepas atau ‘comeback’ dimana beliau membawa sebuah watak dalam 2 buah drama bersiri iaitu The Maid dan The Hotel.

Datin Eina Azman juga dilihat sangat aktif di laman instagramnya dan rajin menunjukkan aktiviti beliau di rumah atau dimana-mana beliau berada. Termasuk jugalah berkongsi resepi masakan beliau di dalam media sosialnya.

Dirumah, beliau juga seorang majikan kepada pembantu-pembantunya. Mana tidaknya, menjadi seorang ibu yang bekerjaya beliau memerluk4n pembantu untuk menguruskan hal-hal rumahtangga dan anak-anaknya yang semakin membesar. Namun beliau sentiasa dilihat berbuat kawan bersama pembantu-pembantunya.

Baru-baru ini, Datin Eina ada kongsikan sebuah video beliau membuat Tiktok bersama pembantu-pembantunya. Nampak disitu beliau sangat disenangi oleh pekerja-pekerjanya walaupun berlainan pangkat dan status.

Beliau juga selalu berkongsi beliau dan keluarga akan menyambut juga hari jadi pembantunya kerana beliau menganggap pembantu-pembantunya seperti keluarganya sendiri malah juga melayan mereka seperti kawan-kawan sebaya.

Netizen sangat suka melihat betapa peramahnya Datin bersama pembantu-pembantunya dan merasai keseronokan pembantunya rasai bekerja dibawah Datin Eina. Ini baru nampak keserasian beliau dan pekerjanya sangat akrab.

Majikan diluar sana seharusnya mencontohi sikap Datin Eina. Ia penting untuk memcipta sebuah hubungan harmoni kepada pekerja kita supaya mereka dapat memberi kerjasama yang baik dengan kita.

Majikan adalah tonggak utama sesebuah syarikat jadi majikanlah yang seharusnya dahulu menunjukkan sifat-sifat positif kepada pekerja.

Sumber : Ig Eina Azman

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!