“Ini bukan Rozana, ini r0sak naaa” – Netizen

Memang seronok kalau dapat pasangan yang sekepala dan mampu membahagiakan kita hingga ke akhir hayat. Ini kerana keserasian dan sikap tolak ansur antara pasangan yang mampu menjadi titik dan faktor utama mengekalkan keharmonian hubungan antara satu sama lain. Jika pasangan tidak mahu bertolak ansur jadi hubungan pun akan dingin tanpa gurau senda dan gelak ketawa bersama-sama.

Pernah gagal dan kecewa dalam perkahwinan pertama, Nabila Huda akhirnya bangkit setelah bercer4i dan kemudiannya memutuskan untuk berkahwin sekali lagi bersama Mohd Izwan Johar. Tidak sinonim dengan dunia hiburan dan glamour, suami kepada Nabila Huda merupakan seorang yang sangat sederhana dan lebih sibuk menguruskan hal keluarganya sendiri.

Nabila Huda telah dikurniakan seorang puteri hasil perkahwinannya yang pertama bernama Kesha Laila yang kini sudah mencecah umur 13 tahun. Walaupun Keisha bukan anak kandung kepada Izwan Johar, tetapi hubungan antara dua beranak ini dilihat sangat akrab dan sayang antara satu sama lain.

Mereka sekeluarga kini sedang sibuk bercuti di Sabah yang sememangnya terkenal dengan pemandangan laut yang cantik dan indah. Percutian keluarga ini turut disertai oleh ayah kepada Nabila Huda iaitu Amy Search serta ahli keluarga yang lainnya.

Menikmati detik-detik indah bersama, video terbaru Izwan yang dimuatnaik oleh Nabila Huda ini telah mendapat perhatian dari ramai orang yang terhibur melihat gelagat pasangan ini.

Terkenal dengan sikap mereka yang memang sekepala, suami kepada Nabila Huda telah beraksi seperti penggambaran video dengan berlatarbelakangkan muzik lagu Amy Search yang bertajuk Rozana.

Kata Nabila Huda pada video tersebut, Izwan sebenarnya cuba memperagakan aksi isterinya yang sebelum itu ada membuat video berlari-lari di persisiran pantai juga dengan latar belakang muzik lagu dari Amy Search iaitu Gadisku.

Tidak menyangka aksinya itu diperhatikan oleh si suami yang ketika itu juga turut menjadi juru video kepada Nabila Huda, Izwan akhirnya berkeinginan untuk melakukan aksi sama yang cukup menghibur dan menggelikan hati para netizen.

Memang tak kering gusi kalau sudah lihat gelagat dan telatah lucu pasangan romantik Nabila Huda dan Izwan ini. Ada saja perkara yang mencuit hati ingin dilakukan bagi menghiburkan orang ramai terutama sekali si isteri  Nabila Huda. Semoga ikatan perkahwinan milik pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Sumber: Instagram Nabila Huda

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!