“Dlu masa AF diorg kenenkan dgn Adira, last jodoh dgn org Sabah jgk”- Netizen

Penyanyi Shahir AF8 atau nama sebenar beliau Ahmad Shahir bin Zawawi baru sahaja melangsungkan perkahwinan beberapa hari yang lalu. Bekas Juara Akademi Fantasia musim ke lapan itu memilih seorang gadis berasal daripada Tawau Sabah sebagai teman hidup. Sebagai hadiah buat isterinya, Shahir menggubah lagu berjudul ‘Halal’ dan menyanyikan lagu berkenaan di majlis resepsi mereka.

Meskipun hanya berkenalan selama 2 bulan, namun ianya tidak menghalang pasangan ini untuk meneruskan hasrat berumahtangga dan sekaligus bercinta selepas sah bernikah.

Pasangan sama cantik sama padan ini, mula berkenalan melalui Instagram sejak bulan 5 tahun ini. Keserasian mereka berdua membuatkan mereka tidak berfikir dua kali untuk terus serius dalam perhubungan dan seterusnya mengikat tali pertunangan sekitar 16 Julai yang lalu di kediaman Jaskin di Sabah.

Dedah isteri kepada penyanyi Shahir Zawawi itu lagi, Jaskin Jaludin mengakui tidak pernah tahu bahawa suaminya itu seorang artis ketika awal perkenalan mereka pada Mei lalu.

Kongsi Shahir lagi, disebabkan itu sebelum dirinya mahu memulakan langkah lebih serius dalam perhubungan mereka, Shahir terlebih dahulu bertanyakan kepada Jaskin sama ada boleh menerima kehidupan beliau yang sering terdedah dengan kontr0versi dan asam garam dunia artis.

Ungkap Jaskin lagi, beliau bersetuju dan sudah bersedia untuk menempuhi kehidupan tersebut bersama Shahir membuatkan Shahir menarik nafas lega. Jaskin hanya mengetahui mengenai latar belakang kerjaya Shahir selepas membuat kepuutusan untuk lebih serius dalam hubungan mereka.

Pernikahan pasangan ini mendapat liputan luas media, terbaharu pasangan ini di jemput untuk hadir memeriahkan konti radio Hot Fm pagi ini.

Menerusi Instagram rasmi stesen radio tersebut, satu video yang memaparkn pasangan berkenaan hadir sebagai tetamu telah di kongsikan buat tatapan para peminat.

Video yang di kongsikan tersebut, memaparkan wajah isteri Shahir itu dengan lebih jelas. Para peminat juga gembira dengan kebahagiaan yang sedang di kecapi oleh Shahir kini.

Mengimbau kembali zaman Shahir ketika menjadi salah seorang pelajar Akademi Fantasia sebelum ini, ramai netizen yang mahu beliau menjalinkan hubungan bersama salah seorang pelajar musim tersebut iaitu Adira. Namun hubungan tersebut tidak kesampaian. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Hubungan Shahir dan Adira tidak menjadi dan g0ssip mengenai mereka juga tidak lagi berpanjangan setelah rancangan Akademi Fantasia tersebut berakhir beberapa tahun yang lalu.

Namun begitu, sudah tertulis jodoh Shahir bersama orang Sabah, kini isteri Shahir juga merupakan seorang gadis kelahiran negeri di bawah bayu tersebut. Semoga pernikahan Shahir dan pasangannya ini di berkati dan berkekalan hendaknya.

Sumber: ig hotfm

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!