“Tilla aktif macam tak pregnant”- Netizen

Lawak dan menghiburkan. Itulah karakter seorang pelakon merangkap usahawan popular iaitu Syatilla Melvin. Sejak dahulu hingga kini, Syatilla memang terkenal dengan sikapnya yang cukup ‘giila-giila’ membuatkan ramai pengikutnya di laman sosial media suka melihat video gelagat lucu Syatilla. Sehari tak sah kalau Syatilla tak buat hal, confirm ada saja gelagat Syatilla yang mampu menghiburkan ramai orang.

Bukan setakat Syatilla sahaja, suaminya iaitu Shaheizy Sam pun sering membuat netizen tak kering gusi ketawa melihat mereka suami isteri ini. Mereka pun memang dekat di hati peminat…

Posting terbaru dari Syatilla, beliau memuatnaik video pada asalnya hanya bertujuan untuk mempromosikan produk Kek4sih miliknya.

Namun gelagat lucu Syatilla ligat menari menjadi tumpuan netizen. Mana tidaknya, Syatilla aktif menari walaupun beliau sedang hamil ketika ini membuatkan ramai netizen risau melihatnya.

Dengan lengkap berpakaian kemeja beserta kot dan seluar berwarna pink bersama adik-beradiknya, Syatilla paling lincah sekali seperti yang diakui oleh ibu anak dua ini.

Dalam pada itu, Menurut Syatilla beliau kini hamil lima bulan menerusi kapsyen yang ditulisnya pada posting di Instagram.

Rata-rata netizen mengusik Syatilla menerusi ruangan komen dan mereka juga akui karakter Syatilla selalu menghiburkan peminatnya dengan video-video lucu.

Selain itu, video yang dikongsi Syatilla telah menerima 12,000 tontonan sejak dimuatnaik Isnin.

“Hat kanan tu selalu melebih lebih, aisyhh hahaha, 0ver 0ver pun cantik, banyak kali ulang tengok video ni”- Netizen

Hati-hati Syatilla, tengah pregnant kena jaga kandungan elok-elok. Pape pun, memang aktif semacam ibu mengandung ni tetap on point menari tu hehe..

Sumber: Instagram Samtilla

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!