“Dalam hati Tun, andainya kau tahu dlm hatiku, aku xlarat dh dengaq”- Faezah Elai

Bertemu dengan orang besar yang pernah memimpin sebuah negara sememangnya kita yang mendekatinya pun rasa bangga. Yalah… bukan senang hendak bertemu individu ternama. Bukan sahaja disanjung dan dikagumi oleh rakyat di negara ini, bahkan juga di seantero dunia. Bertuah juga penyanyi Bl4ck Hanifah ini apabila dapat menyantuni bekas Perdana M3nteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ini.

Menariknya, bukan sekadar bertemu empat mata dengannya, Bl4ck juga sempat mendendangkan lagu secara langsung buat Tun yang duduk di sebelahnya seperti dikongsikannya dalam video di IG nya ini.

Agak mencuit hati netizen, gamaknya memang gemuruh juga dibuatnya berada di sebelah insan penuh berkaliber ini, sampaikan terlupa lirik nyanyian Bl4ck dibuatnya. Menariknya, Tun hanya memberikan senyuman manis.

Hinggakan rakan artis seperti pelakon, Sharifah Shahirah, Alif Satar, Hazama, Achey Bochey juga memberikan respons. Begitupun, antara menancap pandangan netizen ialah komen aktres, Faezah Elai ini:

“dlm hati Tun, andai nya kau tahu dlm hati ku.. aku tk larat dh dengaq..”. Begitu usikan nakal Faezah. Faezah bergurau membayangkan Tun tak lalu dengar nyanyian Bl4ck. Lucu juga Faezah ni ya…

“comel Tun senyum”, “cayaiiaaa lh bl4ck..”, “Senyum² kite tgk korang bdua”, “Yg dengor ni pun berdebor tunggu abis nyanyi”, “Teringin nak jumpa tun depan2.. untungnya bl4ck DPT jumpa tun..kita cemburu tau”.

Itu antara komen netizen. Apa pun memang tak kurang yang kagum dengan kesempatan Bl4ck yang dapat bersama Tun dan merakam momen ini. Haruslah Bl4ck kenang sampai bila-bila ya…

Menariknya, dalam ‘part 2’ rentetan daripada ‘part 1’ video dikongsikannya, Bl4ck dilihat mendendangkan lagu jenis klasik pula buat Tun. Bestnya tu, ton suara Bl4ck yang dari r0ck pun jadi klasik.

Memang artis serba bolehlah Bl4ck ni. Dalam masa sama ramai juga netizen di ruangan komen hantaran Bl4ck itu yang menzahirkan doa buat Tun agar terus diberikan kesihatan dan kesejahteraan buatnya.

Bl4ck atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad Hanafiah 35, kini bukan sahaja penyanyi, malah sudah bergelar pelakon. Dia dikenali semenjak menjuarai musim ketiga rancangan realiti Mentor. Pada masa itu, Bl4ck merupakan anak didik kepada Ratu Dangdut, Mas Idayu.

Sumber : IG Bl4ck Hanifah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!