“Macam tak percaya awak dh 50, mcm baru 35” – Netizen

Setiap kali datang hari lahir insa tersayang, pasti kita semua excited kan. Membuat persiapan untuk celebrate bersama-sama. Ada yang plan nak buat surprise, ada yang beri hadiah dan sebagainya. Kadang-kadang sebulan lebih awal kita dah plan itu ini untuk celebrate birthday orang yang tersayang sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

Apa yang lebih seronok, jika kita berkongsi tarikh lahir yang sama sama macam mereka. Boleh celebrate sama-sama. Betul tak ? Kalau tak kongsi tarikh yang sama pun, berkongsi bulan yang sama pun dah membuatkan kita gembira.

Begitu jugalah dengan keluarga kepada angkasawan negara kita ni, Dr Sheikh Muszaphar. Sangat menarik hati netizen setelah mendapati bahawa Dr dan anak kembarnya berkongsi tarikh lahir yang sama, iaitu pada 27 Julai. Menarik kan ?

Sekali sambut, 3 orang terus. Confirm meriah. Mereka siap celebrate birthday mereka di negera jiran iaitu Singapura tau. Memang happy lah the boys dapat celebrate sama-sama, nak pulak siap ada trip ke luar negara lagi.

Dr. Sheikh Muszaphar yang kini sudah berusia 50 tahu, masih kelihatan muda dan aktif seperti anak remaja. Terkejut tak bila tahu umur Dr sudah 50 tahun ? Rasa macam tak percaya kan, sebab nampak masih muda serta anak-anak semua masih kecil.

Anak lelaki kembarnya pula, Adam dan Noah masing-masing berumur 5 tahun. Comel sangat tengok gelagat dua orang ni. Dahla fasih berbahasa Mandarin. Seronok mereka dapat celebrate birthday di Universal Studios Singapore.

Kalau korang nak tahu, Dr Sheikh Muszaphar mempunyai dua pasang anak kembar tau, iaitu pasangan yang pertama iaitu Adam dan Noah, manakala pasangan yang kedua iaitu Eusoff dan Emelia. Comel sangat mereka ni.

Pasangan kembar kedua pun sangat comel dan banyak gelagat nya tau. Kelmarin Dr Sheikh Muszaphar ada memuat naik video Emelia yang tangan kek tapi comot mulutnya. Kita yang tengok ni rasa geram je dengan kecomelan si kecil tu.

Justeru, sememangnya hari lahir orang tersayang amat ditunggu-tunggu oleh kita. Bukan apa, time nilah kita nak bagi extra hadiah kepada mereka.

Hari lain pun boleh je bagi, tapi time hari lahir ni, kenalah bagi lebih special dari hari biasa. Betul tak ? Selamat hari lahir diucapkan kepada Dr. Sheikh Muszaphar and the boys.

Sumber : Ig Drsheikhmuszaphar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!