“Rarenya video ni, mostly makan kedai biasa-biasa je, humble sgt”- Netizen

Fasha Sandha merupakan seorang pelakon wanita yang tersohor di Malaysia. Kebanyakkan drama-drama tempatan yang dilakonkan oleh pelakon berbakat besar ini akan sentiasa mendapat tempat di hati para penonton. Terbaru, beberapa drama lakonan Fasha Sandha seperti Dndam Seorang Isteri dan juga Khilaf Asmara mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para penonton.

Penangan watak- watak yang di bawakan oleh Fasha Sandha atau nama sebenar beliau Nur Fasha Sandha Binti Hassan juga sering menjadi bualan para peminat drama melayu.

Ratu air mata yang merupakan anak kelahiran Pulau Pinang ini mempunyai 4 orang adik beradik dan mempunyai seorang lagi adik, Elisya Sandha yang turut terlibat dalam dunia seni sebagai pelakon.

Fasha Sandha juga dikenali sebagai seorang artis yang sangat berdisiplin dan menepati masa. Beliau sangat komited dalam kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Menyingkap kehidupan peribadi pelakon berbakat besar ini pula, Fasha kini telahpun meneruskan kehidupan barunya setelah mendirikan rumahtangga buat kali kedua bersama dengan seorang pelakon iaitu Aidil Aziz.

Menerusi perkongsian terkini pelakon tersebut di Instagram, Fasha berkongsi satu video yang mengumpulkan koleksi video suaminya Aidil Aziz menyuap beliau makan berserta ucapan yang romantis sempena hari ulang tahun kelahiran suaminya itu.

Hantaran berkenaan menarik perhatian netizen kerana merasakan pasangan tersebut sangat serasi dan sepadan. Netizen juga membanjiri ruangan komen dengan ucapan hari lahir buat Aidil Aziz.

Malahan, di sebalik ucapan dan perkongsian video berkenaan, netizen berkata mereka kagum dengan pasangan pelakon berkenaan yang sangat merendah diri kerana kebanyakan video yang di kongsikan itu memaparkan pasangan berkenaan memilih untuk makan di kedai makan biasa berbanding restoran mewah.

Jika sebelum ini Fasha pernah melalui kegagalan dalam rumahtangga namun kini kehidupan Fasha kelihatan sangat bahagia bersama suaminya.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen memuji sikap pasangan berkenaan yang sangat merendah diri. Para peminat juga mendoakan kebahagian yang di kecapi Fasha kini agar berkekalan.

Tidak kurang juga yang berkata bahawa Fasha amat bertuah bersuamikan seseorang seperti Aidil yang sangat menyayangi beliau. Berikut dikongsikan komen- komen netizen buat pasangan romantis ini.

Nampak sayang betul Aidil kepada isterinya. Menerusi video, nampak Aidil selalu utamakan Fasha dan sering menyuapkan isteri kesayangan beliau terlebih dahulu sebelum menjamah makanan.

Bertuah Fasha dapat seorang suami yang sangat penyayang. Menyerlah kebahagiaan yang di miliki oleh pasangan ini. Para peminat yang bersemut melihat pasangan ini juga turut mendoakan hubungan Fasha dan suami kekal bahagia sentiasa.

Sumber: Instagram fasha sandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!