“Masa kecik muka akak2, dh akak2 muka baby face”- Netizen

Iman Troye atau nama sebenar beliau Siti Nur Alyssa Sahabudin merupakan penyanyi yang popular dengan lagu Teman, Nang dan Harum Sundal Malam. Bakat nyanyian Iman mula mendapat perhatian setelah menjadi peserta program nyanyian I Can See Your Voice Malaysia musim kedua pada tahun 2019. Meskipun tidak berjaya menjadi finalis di program tersebut namun, beliau berpeluang menjadi artis rakaman dengan berbekalkan bakat yang ada.

Nama beliau juga kini semakin di kenali setelah mendapat pengiktirafan meluas menerusi lagu single sulungnya, Teman.

Lagu berkenaan mempunyai jumlah tontonan di saluran Youtube sebanyak 20 juta melalui muzik videonya dan lagunya telah distrim sebanyak 1.5 juta melalui Spotify.

Selain daripada I Can SeeYour Voice, Iman juga pernah menyertai program nyanyian The Masked Singer Malaysia musim kedua.

Meskipun baru setahun jagung menjadi penyanyi namun pada bulan November tahun lalu, wajahnya telah dipilih untuk menghiasi papan iklan digital gergasi di Times Square New York Amerika Syarikat.

Pencapaian tersebut sekaligus menjadikan Iman Troye sebagai penyanyi wanita bertudung Malaysia ketiga dan artis wanita tempatan keempat yang terpilih menjayakan kempen Equal yang dikendalikan platform muzik digital Spotify untuk mengetengahkan artis wanita dari seluruh dunia

Sesuai dengan usinya yang memasuki alam remaja, Iman juga sangat aktif berinteraksi bersama para peminat beliau di platform media sosial.

Menerusi perkongsian terkini penyanyi tersebut di Instagram, Iman telah berkongsikan wajah beliau ketika zaman kanak- kanak dan wajah terkini beliau.

Menerusi hantaran berkenaan, Iman juga bertanyakan pendapat dan meminta komen netizen sekiranya terdapat perubahan besar pada wajah beliau untuk di kongsikan bersama.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen berkata perbezaaan ketara pada bibir Iman yang kelihatan sedikit tebal berbanding ketika beliau di zaman kanak- kanak dahulu.

Ada juga netizen yang berkata bahawa wajah Iman ketika zaman kanak- kanak juga kelihatan agak matang berbanding wajah Iman sekarang. Berikut pula di kongsikan komen – komen yang di tulis oleh netizen terhadap hantaran Iman berkenaan.

Comel sangat Iman Troye masa kanak- kanak dulu. Wajah sekarang nampak lain sebab dah remaja dah pandai bersolek mestilah nampak agak berbeza.

Tambahan pula terdapat pelbagai teknik solekan yang boleh membuatkan wajah seseorang kelihatan sangat berbeza daripada wajah asal mereka.

Sumber: Instagram iman troye

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!