“Harap Farid Kamil pilih naskah yg lebih bermutu sebagai pelakon yg disegani ramai” – Netizen

Filem dan drama terbitan Malaysia kebanyakannya kini merupakan kisah adaptasi dari novel terkenal yang pernah menjadi kegilaan buat penggemar pembaca novel suatu ketika dahulu. Jika dahulu pembaca novel perlu mengambil masa yang lama dan panjang untuk tahu pengakhiran cerita, tetapi kini lebih mudah apabila kisah tersebut sudah dilakonkan sendiri oleh pelakon-pelakon hebat negara.

Nama besar pelakon lelaki negara ini memang sudah cukup terkenal di kalangan peminat drama dan filem tempatan. Siapa lagi kalau bukan Farid Kamil Zahari yang dahulunya pernah menjadi fenomena selepas menjadi hero dalam drama siri Lagenda Budak Setan. Selain memiliki kelebihan dari rupanya yang kacak dari dahulu hingga sekarang, bakatnya dalam bidang lakonan juga tidak perlu dipersoalkan lagi oleh orang ramai.

Baru-baru ini Farid Kamil telah membintangi drama siri bertajuk Masih Ada Rindu yang telah disiarkan di TV3. Menampilkan gandingan pelakon hebat seperti Mimi Lana sebagai her0in dan pelakon lain ternyata masih tidak mampu memuaskan hati para penggemar drama tempatan.

Drama ini dikatakan mempunyai jalan cerita yang ‘longgar’ dan tidak menunjukkan nilai-nilai murni yang baik kepada penonton.

Walaupun ramai yang menganggap drama tersebut tidak menarik, tetapi lakonan yang dibawa oleh Farid Kamil sebagai Luqman Hadi dan Luqman Hakim dikatakan sangat bagus dan hebat sekali.

Ada peminat yang mngalkan komen bahawa Farid sebagai bintang yang disegani ramai harus lebih berhati-hati memilih drama untuk dilakonkan selepas ini. Ini untuk memastikan agar watak yang dibawa lebih hidup dan menarik untuk ditonton setanding dengan bakatnya.

Tetapi gandingan hebat Farid Kamil dan Mimi Lana dalam drama tersebut memang tidak dapat dinafikan lagi. Mereka berdua sangat menghayati dan membawa watak yang telah diarahkan dengan sangat baik.

Mungkin selepas ini kita dapat tengok lagi mereka berdua bergandingan sekali lagi sebagai hero dan her0in dalam drama lain. Pasti ramai peminat yang gembira jika ia betul terjadi.

Sumber: Instagram Farid Kamil

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!