Jauh disudut hati sy nk mtk maaf, sy xde niat nk mnyinggung hati sesiapa” – Zara Zya

Zara Zya atau nama sebenar beliau Zainurul Razia binti Mohd Zainuddin mula dikenali setelah menjadi teraju utama menerusi drama Love You Mr Arrogant. Di dalam drama tersebut Zara telah digandingkan bersama Azlee Khairi. Zara juga pernah menjadi penyanyi apabila mengeluarkan lagu solo berjudul Tiada Dndam. Sehingga kini beliau mempunyai seramai 3.6 juta pengikut di akaun instagram beliau.

Zara Zya yang banyak terlibat dengan aktiviti amal dan kebajikan serta sering berkongsi aktiviti berkenaan bersama para pengikut di akaun instagram bagaimanapun telah meluahkan rasa kesal dan sedih dengan tuduhan sesetengah pihak terhadap dirinya yang dikatakan telah mengambil kesempatan terhadap sumbangan yang diterimanya untuk aktiviti amal tersebut.

Zara merasa sangat kecewa kerana dituduh makan duit haram sedangkan beliau sedaya upaya membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Menurut Zara sekiranya beliau tidak berkongsi mengenai aktiviti kebajikan yang dilakukan ada pula yang mempersoalkan kemana wang sumbangan digunakan. Namun apabila beliau berkongsi aktiviti kebajikan tersebut Zara dituduh sengaja menunjuk-nunjuk apabila membuat kebaikan.

Luah Zara lagi beliau begitu sedih apabila kerja kebajikannya tidak mendapat sokongan orang ramai. Beliau berkata menerusi laman web yang dibangunkan beliau banyak mendedahkan mengenai kerja-kerja amal yang beliau lakukan namun masih dipertikaikan oleh penyumbang dalam laman web berkenaan mengenai ketelusan pengagihan wang bantuan tersebut.

Terkesan dengan gerakan bendera putih yang sering tular sekarang, beliau juga memulakan inisiatif sendiri untuk menghulurkan bantuan kepada orang ramai.

Sebagai seorang selebriti yang mempunyai pengaaruh, Zara berkata dirinya sering menggunakan pengaaruh tersebut untuk mengajak orang ramai sama-sama membuat kebaikan dan kebajikan.

Sebelum ini Zara mendedahkan beliau kerap menggunakan duit simpanan sendiri sebagai modal untuk aktiviti amal beliau namun beliau mengakui adakalanya duitnya sendiri tidak cukup untuk menampung semua orang.

Zara meluahkan rasa kecewanya itu menerusi satu video berdurasi 45 minit yang dimuatnaiknya di instagram. Luahan hatinya itu ekoran pelbagai kritikan dan kecaaman yang diterima oleh beliau dimana mempersoalkan apa jua tindakan yang dilakukan oleh beliau untuk menggerakkan badan amal kelolaannya itu.

Zara menjelaskan memandangkan sekarang ni PKPD, maka pergerakan beliau terbatas dan tidak mampu bergerak demi menyempurnakan sumbangan yang telah diberikan oleh orang ramai.

https://www.instagram.com/tv/CQ8wgPmpE5I/?utm_medium=share_sheet

Kongsi Zara lagi beliau dituduh mengambil kesempatan atas sumbangan yang telah dibuat oleh orang ramai menerusi laman web tersebut. Beliau merasa begitu terkilan kerana niat baiknya telah disalah erti hanya kerana beliau tidak dapat menunjukkan bukti sumbangan berkenaan telah disalurkan ke tempat yang betul.

Sedangkan selama ini beliau berniat ikhlas dan menjadi impian beliau sejak dari kecil lagi untuk membantu golongan yang memerluukan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat terus memberikan sokongan dan semangat buat Zara. Mereka juga meminta supaya Zara mengabaikan kata-kata negatif daripada netizan yang mendakwa dan menuduh Zara tanpa usul periksa.

Peminat juga mendoakan agar Zara terus kuat semangat dalam melakukan amal kebaikan. Berikut dikongsikan komen-komen peminat.

“X payh lain yg jenis -ve vibes ni.. pda diorg semua salah n serba serbi x kena.. janji Allah tahu niat kita dn ikhlas dlm setiap urusan.. pekak kan telinga n butakan mata utk bca komen² yg blh mendatangkn stress.. “ – Netizen

“Teruskn niat murnimu, yg pnting niat zara, Allah maha mngetahui.. didoakn semoga dpmudahkan segala urusan dan zara kuat hadapi cabaran… terima kasih mmbntu insan2 yg mmerlukn” – Netizen

“Jangan pattah semangat.Org sentiasa bercakap negative sebab dlm fikiran mereka tak pernah nak bersangka baik.Jangan sedih2 Zara… InshaAllah ramai akan sokong nanti.” – Netizen

“Terus kuat sis, buat je kebaikan walaupun manusia x hargai, tak pandang. Contoh ustaz ebit suatu ketika dulu pernah dikata macam2 tapi dia tak pernah balas apa pun, dia terus buat dan buat kebaikan akhirnya yg mengata pun senyap dan ustaz ebit kini jadi org yg dihormati masyarakat.

Dalam berbuat baik, mmg akan ada yg mencemuh, akan ada yg tak suka. Abaikan sahaja sis. Allah sentiasa ada. Ujian itu jadikan kita kuat. “ – Netizen

“Gth dgn orang yg tak puashati etc janji apa kita buat tu ikhlas dan Allah melihat apa yg kita buat…yg bagi pun kena ikhlas laa” – Netizen

“Rem0ve kan aje orang yang mengecam tu. Kalau dah benda baik pun diorang nak kecam, maknanya diorang tu bukan peminat you. Diorang cuma tr0ll you sahaja. Buat apa ada follower beribu-ribu kalau diorang tak menyokong you?” – Netizen

Mulianya hati Zara Zya. Dah banyak sangat tolong orang ramai tapi masih ada yang sanggup mengecam dan hanya melihat perkara yang negatif sahaja.

Menerusi video tersebut juga Zara mengalu-aluukan golongan yang terjejas dan kurang berkemampuan untuk memohon bantuan daripada beliau. Mereka boleh ke laman web beliau dan membuat permohonan di situ.

Zara juga memohon doa dan sokongan orang ramai untuk beliau terus kuat dalam memberikan sumbangan buat lebih ramai orang. Sebelum mengakhiri video Zara juga memohon maaf jika keterlanjuran kata-katanya mengguris hati sesetengah pihak

Sumber : ig zara zya

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!