“Dia nampak serius, jgn buat dia kecewa” – Netizen

Kira-kira setahun lalu, dia pernah bercakap soal jodoh buat anaknya yang juga penghidap autisme tahap sederhana. Ketika itu jenuh juga wanita ini hendak menerangkan kepada netizen yang dipetik media bahawa dirinya tiada niat hendak ‘menganiiaya’ wanita yang sudi berjodoh dengan anaknya itu, bahkan sanggup menawarkan gaji kepada bakal menantu. Itu kasih seorang ibu yang ditunjukkan pelakon, Zarina Zainuddin.

Kali ini sekali lagi soal jodoh anaknya itu menarik perhatian. Mana tidaknya, dalam perkongsian hantaran di IGnya memperlihatkan anaknya itu sedang melamar seorang wanita.

Pulak tu ada pula yang mengucapkan kesyukuran selepas siap bersarung cincin ke j4ri wanita itu yang juga pelakon, Neera Azizi. Begitupun, ramai juga netizen di ruangan komen yang ‘risau’.

“Dia nmpk serius, jgn buuat dia kecewa”, “tak kelakar”, “Saya yang risau. Tapi mesti ada penjelasan dari ibunya. Semoga hari yg indah buat azal tidak bertukar menjadi hari duka. Saya percaya ibu akan counter balik”,

Itu antara komen netizen. Tak kurang daripadanya mereka yang tidak bersetuju soal hati dan perasaan anak istimewa itu jadi ‘mainan’. Begitupun seperti diduga pantas kecaman itu dijawab Zarina.

Ada netizen prihatin lain yang turut jawabkan sama. Rupanya menurut mereka semua itu hanya lakonan dan meminta agar yang lain tidak terlalu ‘pembaris’ dan beremosi. Azal dikatakan maklum dengan perkara itu hanya lakonan.

Namun ramai juga yang menyatakan kerisauan, walaupun demikian dek kerana anak itu istimewa, dia dikhuatiri merasakan ia akan menjadi kenyataan. Namun jika sebaliknya pasti akan menggores hatinya nanti.

Pastinya ‘paanas’ dengan komen keca4man, Zarina dalam hantaran berlainan menunjukkan Azal dan Neera yang berlatih berlakon, sekali lagi memberitahu itu hanya lakonan. Kecewa dengan pelbagai andaian, dia hanya berserah kepada sesiapa yang membuat andaian.

Menyatakan lebih kenal anaknya kerana hari-hari bersama, akui Zarina memang Azal ada hati dengan perempuan cantik tapi dia tahu dirinya siapa. “Selalu ingatkan dia jodoh azal bidadari dari Syurga bukan di alam nyata ..”

Itu penjelasan Zarina. Harap jangan ada salah faham lagi ya… Selain Azal, kembarnya Azil juga menghidap autisme yang lebih sedikit tahapnya dan perlu mengambil ubat. Semoga dipermudahkan urusan Zarina dan anak-anak istimewanya.

Sumber : IG Zarina Zanuddin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!