“Pipi merah pakai blusher ke tu Aisywara”-Netizen

Memang tak dapat dinafikan bahawa anak-anak kecil ni sangat comel, melihat raut wajah mereka pun dah boleh membuatkan kita semua happy dan tersengih sorang-sorang. Belum lagi melihat mereka yang dah mula retu bergelak ketawa dan senyum, lagilah akan geram dibuatnya. Korang suka budak-budak tak ?

Seperti biasa, tiap kali dimuat naik video anak kepada Mua Bella yang bernama Aishwara Naelofa tu, pasti akan menarik perhatian para netizen sekalian. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, begitulah apa yang dapat dikatakan.

Ibunya seorang juru mekap, seorang yang sangat popular dan masyhur dengan bakat solekan nya tu. Dah macam-macam gaya solekan yang pernah dilakukan oleh beliau, hebat kan, tengok saja di laman Instagram nya tu.

Kali ini, ada dimuat naik video Naelofa tu, yang konon nya pada majlis nya. Biasalah kan, kita pun selalu saja pergi kenduri kesyukuran dan kenduri aqiqah atau sebagainya, atas niat kesyukuran kelahiran bayi. Alahai dah besar dah si comel Naelofa ni.

Dalam video tersebut, bukan main comel lagi Naelofa tau. Tersenyum-senyum dia, kita yang tengok ni pun ikut tersengih sekali tau. Mana taknya, comel betul budaknya, tak pernah jemu tengok kecomelan dan kecantikan Naelofa tu.

Yang paling istimewa pasal Naelofa ni, dek kerana kecantikan matanya, mana taknya, lawa betul lah matanya tu tau. Warna kelabu, macam anak mat saleh lah katakana. Tak kelip-kelip kita yang melihatnya. Cantik betul ciptaan-Nya.

Pun begitu, ramai netizen yang duduk memuji akan kecomelan nya kalini, dek kerana makan pakai blusher. Comel je pipi nya tu, merah merah. Putih kemerah lah katakan. Geram je rasa nak tarik pipi yang gebu dan comel tu tau.

Anak-anak kecil memang semuanya gebu-gebu belaka. Geram sangat tiap kali tengok pipi mereka tu. Kalau kita tengok Naelofa tu kan, rasa nak tarik je pipi nya, mujur lah jauh, tengok dalam social media tu dah geram macamtu, kalau face-to-face lagilah geram.

Justeru, semoga si comel Naelofa membesar dengan sihat dan cantik seperti ibunya. Kecil-kecil pun dah cantik, besar nanti mesti akan lebih memukau kita semua. Mak aih, cepat lah besar dik, tak sabar nak tengok kecantikan yang dimilikinya.

Sumber : Ig Muabellaz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!