“Haha Endra, dia xnak lepaskan bola tu”- Netizen

Selalunya bakat ibu bapa akan diwarisi oleh anaknya, lebih-lebih lagi jika sudah dididik sejak kecil lagi. Ada ibu bapa yang telah memberikan pendidikan awal kepada anak mereka, contohnya seperti pemain bola sepak, kadang ada yang sengaja dedahkan kepada anak-anak mereka supaya dapat memupuk minat seperti orang tuanya itu.

Tapi, kelak sudah besar, mereka yang menentukannya sama ada betul-betul mahu mewarisi bakat dan minat orang tuanya, atau lebih cenderung kea rah lain. Tidak salah pun untuk tidak mewarisi legasi orang tuanya itu.

Haziq Nadli, penjaga gol JDT juga nampaknya sudah memberi pendedahan kepada anaknya tentang dunia bola sepak. Hal ini berikutan video beliau dan anak-anaknya bermain bola sepak. Ayah nya penjaga gol handal, mestilah nak mewarisi bakatnya kepada anak kesayangan nya kan.

Baru-baru ini ada dimuat naik video Haziq dan anak keduanya, Endra Haqimie yang bermain bola. Haziq yang dengan sengaja meletakkan bola di kaki anak nya itu, tak sangka pula Endra mengepit bola itu, tak jat0h-jat0h pun. Hairan betul melihat karenah si kecil tu.

Haziq pun terus mengangkat Endra hingga ke pintu gol, tanpa menjat0hkan bola pun sehingga sampai masuk ke gol. Hebat betul ya Endra main bola, mesti Haziq ajar Endra cara nak selamatkan bola, betul tak ? dikapitnya bola sampai tak jat0h.

Sememangnya gelagat anak-beranak itu sangat lucu dan membuatkan para netizen kagum dengan tindakan spontan mereka. Si abangnya Hayder duk tengok je adik dan ayahnya itu bermain bola. Agaknya Hayder nak join juga kot.

Bercerita tentang Hayder, si comel itu juga sering berlatih bermian bola sepak dengan ayahnya itu. Dah mula nampak dah bakat si comel itu dalam bidang bola sepak. Silap hari bulan, kita bakal menyaksikan Hayder pula bermain bola di kaca televisyen.

Sebab itulah, amat digalakkan untu mendedahkan anak-anak yang masih kecil akan perkara yang akan diwarisi dari orang tuanya. Sememangnya tidak mengapa jika tidak diajar Hayder dan Endra bermain bola sepak dari kecil, tapi kerana Haziq rajin memberi pendedahan kepada anaknya, jadi pandai pula anak-anaknya bermain bola.

Tak dapat dinafikan bahawa anak-beranak ini semuanya comel-comel belaka. Banyak akal membuatkan para netizen sentiasa terhibur. Kalau dengan ibunya Eyra, lain ragamnya, kalau dengan Haziq, lain pula ceritanya. Seronok tengok keluarga mereka yang sentiasa ceria tu.

Sumber : Ig Haydervangers

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!