“First time Shariq sebut mama dengan betul” – Emma Maembong

Bagi para wanita yang bergelar ibu diluar sana, pasti ada banyak perkara yang dilakukan oleh anak yang akhirnya berjaya mengukirkan senyuman di wajah masing-masing. Walaupun pada pandangan orang luar hal yang dilakukan oleh anak kita itu hanya sekecil biji sawi, namun bagi kita ianya merupakan sesuatu yang amat bermakna. Lagi-lagi apabila anak kita itu adalah anak pertama, pasti kegembiraan yang dirasai itu berlipat kali ganda.

Sama seperti yang Emma Maembong lalui baru beberapa jam yang lalu, ianya hanya hal yang kecil dan normal bagi orang lain namun bagi Emma, perkara tersebut benar-benar membuatkan dia berasa amat terharu dengan anak sulungnya, Shariq.

Menerusi video perkongsian Emma yang telah dimuatnaik menerusi akaun Instagramnya pada 12 jam yang lalu, Emma meluahkan rasa gembira berbaur terharu kerana Shariq yang baru berumur 11 bulan itu akhirnya berjaya menyebut panggilan mama dengan betul.

Ujar Emma, video tersebut telah dikirimkan oleh ‘maid’ yang menjaga Shariq semasa Emma sedang lagi bekerja. “Baru faham perasaan mak excited macam mana bila anak dia mula bercakap,” luah Emma dalam ruangan caption postingnya.

https://www.instagram.com/p/CU9CDkThQGu/?utm_source=ig_web_copy_link

Video pendek yang berdurasi kurang daripada 30 saat ini telah berjaya meraih sebanyak 225,837 tontonan dan 195 komen walaupun baru 12 jam dikongsikan.

Ramai netizen yang terpesona dengan video ini dan mengatakan bahawa Shariq kelihatan amat bijak kerana sudah berjaya menyebut mama walaupun baru berumur 11 bulan.

Emma juga mengatakan bahawa dia berasa terlalu emosi disebabkan Shariq merupakan anak pertamanya semenjak mendirikan rumah tangga dengan suaminya.

Shariq yang sudah pandai meniarap ini kelihatan begitu comel semasa sedang mengajuk kata-kata maid untuk menyebut mama. Sebelum ini, Shariq hanya pandai menyebut mamama.

Pasangan suami isteri Emma dan Azhar telah melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun lepas, 2020 dan melahirkan Shariq pada bulan November juga tahun 2020. Walaupun sudah mempunyai seorang anak, namun Emma tetap kelihatan seperti masih berstatus bujang mungkin disebabkan cara pemakaian serta gaya Emma yang ceria.

Walaupun netizen sering menegur cara Emma berpakaian, namun Emma langsung tidak mengendahkan teguran mahupun makian daripada netizen.

Tidak salah untuk menegur, tetapi lakukanlah ia secara rahsia agar orang lain tidak dapat menjadikan teguran tersebut sebagai gosip terhangat di pasaran.

Apa-apapun, kita titipkan sahaja doa buat Emma agar suatu hari nanti dia akan terbuka hati untuk menjadi lebih baik.

Sumber: Instagram Emma

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!