“Ucapan paling win, terima kasih dtg pentas” – Netizen

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah pepatah yang sesuai di ibaratkan mengenai kemenangan yang diperoleh oleh bintang yang semakin meningkat naik iaitu Asif Suhaimi. Asif yang baru berusia 19 tahun sebelum ini sering berlakon drama spontan di saluran Youtube Syahmi Sazli mencipta kejutan apabila memenangi kategori artis komedi popular menerusi Anugerah Bintang Popular yang ke 34.

Asif juga sebelum ini turut berlakon di dalam filem arahan Syahmi Sazli yang merupakan sepupunya sendiri iaitu Mael Totey The Movie telah menarik perhatian para peminat dengan gelagat beliau yang spontan dan mencuit hati.

Sebagai rekod, Asif merupakan seorang remaja yang menghidap Autisme. Namun, berkat kesabaran sepupunya iaitu Syahmi Sazli yang cuba membantu Asif dengan membentuk remaja berkenaan untuk melakonkan pelbagai watak komedi menerusi drama spontan arahannya membuahkan hasil apabila bakat Asif akhirnya membuka mata ramai pihak terhadap keistimewaan yang dimiliki oleh golongan sedemikian.

Meskipun Asif seorang remaja istimewa dan mempunyai kekurangan namun di sebalik kekurangan yang dimiliki oleh Asif, beliau mampu menghiburkan orang ramai melalui lakonan dan gelagat spontan serta mencuit hati di dalam drama- drama lakonan beliau itu.

Bakat besar yang dimiliki oleh Asif itu membolehkan beliau merangkul anugerah artis komedi popular dengan menewaskan Jep dan Shuib dari kumpulan Sepahtu, Atu daripada kumpulan Zero dan Ain Edruce.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram Anissa iaitu isteri kepada Syahmi Sazli, Anissa memuatnaik video yang memaparkan beberapa gelagat Asif daripada kecil sehingga berjaya memenangi Anugerah Artis Komedi Popular tahun ini.

Tulis Anissa lagi, beliau juga turut tumpang gembira di atas kejayaan Asif memenangi kategori berkenaan di dalam Anugerah Bintang Popular yang baru sahaja berlangsung malam tadi. Tambah Anissa lagi, segala usaha beliau selama 3 tahun dalam membentuk Asif akhirnya berhasil apabila Asif berjaya membanggakan beliau dan Syahmi menerusi anugerah berkenaan.

Adat dalam pertandingan pasti ada kalah dan menang namun sudah tertulis rezeki Asif untuk menang kategori berkenaan malam tadi.  Anissa juga sempat mengucapkan terima kasih kepada para penyokong yang telah sudi mengundi dan menyokong mereka sebagai seorang anak seni daripada Kelantan.

Tidak kurang juga yang memuji Syahmi dan isterinya Anissa di atas usaha mereka membentuk Asif untuk di ketengahkan sebagai pelakon komedi menerusi drama spontan keluaran produksi syarikat mereka. Asif juga turut berlakon di dalam filem yang dihasilkan oleh Syahmi iaitu Mael Totey the Movie.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen mngalkan ucapan tahniah buat Asif. Netizen juga merasakan bahawa Asif sememangnya amat layak untuk menerima anugerah berkenaan. Ternyata rezeki tetap berpihak kepada Asif walaupun persaingan Asif dalam kategori berkenaan merupakan antara beberapa nama besar dalam komedi. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen.

“Yang menerima Hadiah adalah Asif. Ia adalah kejayaan sebenar Syamie. Yang membangun Insan yg kita org biasa mustahil untuk capai. Tahniah Syamie…” – Netizen

“Tahniah Asif Suhaimi dan x lupa juga kepada Syahmi yg telah berjaya membentuk Asif menjadi pelakon komedi”- Netizen

“Alhamdulillah..tahniah syahmie dan nissa..korang berdua berani asah bakat golongan macam asif..besar pahala korang..berkongsi rezeki dengan mereka..ini yang kita perlu buat..sentiasa bagi sokongan..Bila dilatih,self esteem dan level confident mereka jadi tinggi..

Bila tengok asif cakap Kat stage semalam..rasa bangga sangat..yang dulunya dia mungkin pemalu..tapi berkat didikan syahmi dan nissa..dia jadi lebih confident..tahniah dan selamat maju jaya buat korang semua..” – Netizen

“Mak Ayah asif tentu bangga dengan demo mi smpai ank diorg smpai ke tahap tu mi.ado hikmah tu semua mi bt demo..xmenang loni inshaallah demo menang yg akn dtg dan apa apa pun salute demo mi” – Netizen

“ Syahmi percaya la .. allah telah bukak pntu rezeki untuk mi atas kebaikan mi pada asif yoe badul pok tar .. x ad org lain yg mampu bangkitkan bakat dorg.. mi contoh pertama yg ada.. mi biarlah apa org nk kata.. yg penting mi teruskan niat murni mi dan nisa.. ” – Netizen

Terdahulu, filem arahan Syahmi Sazli iaitu Mael Totey The Movie pernah mencipta rekod apabila telah meraih kutipan hampir RM6.4 juta menerusi platform Astro First.

Asif di temani oleh sepupunya Syahmi semasa sesi menerima anugerah dan ketika di minta untuk memberikan ucapan, Asif secara spontan mengucapkan selamat petang dan selamat malam kepada para penonton.

Sumber: ig anissa faizul

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!