“Kalau menang org xleh laga2 pipi, selamat” – Netizen

Dunia fesyen memang sentiasa bergerak mengikut zaman. Hendak pula di era milenia pada masa ini, ramai pereka kreatif membega pakaian yang sesuai kehendak semasa. Tak kiralah golongan artis atau orang biasa, masing masing ada fesyen tersendiri untuk digayakan, tambah sekarang rancak banyak event di sana sini. Ramai yang gemar bergaya dengan cara tersendiri.

Terbaharu, berperaga unik di majlis Anugerah Bintang Popular (ABH), penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman dan pelakon wanita Malaysia, Aina Abdul antara yang tidak ketinggalan menancap pandangan. Apa tidaknya, beliau terlihat lain dari yang lain.

Dengan busana warna gelap dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, perkongsian foto Aina di medsos tampaknya mendapat maklum balas dan komen netizen yang banyak di laman-zaman sosial.

Barangkali netizen di negara ini masih tidak dapat menerima transformasi  dalam berfesyen, pasti ada saja yang tak kena di mata mereka lebih-lebih lagi sekiranya berfesyen plik lebih daripada kebiasaan. Bukan saja orang biasa, retis pun antara golongan yang lumayan mendapat kecaman.

Ya, memang fesyen dan gaya berbeza menjadi favourite untuk dilihat ada berbeza daripada yang lain. Begitupun, jika ia tampak tidak praktikal mereka menganggap tidak perlulah untuk tetap meneruskan dengannya.

Ia hanya akan dilihat seakan seseorang itu menjadi mngsa fesyen. Ya atau tidak, masing-masing ada pendapat sendiri tentang fesyen. Anda fikir dan lihatlah sendiri fesyen yang diperagakan oleh artis unik berbakat besar ini.

Dengan berserkup ‘gerg4si’ di kepala Aina dilihat begitu ‘terbeban’ memakainya. Ramai bersetuju ia ibarat selimut tebal besar dan tidak kurang pula yang pantas menulis komen bahawa apa yang dipakainya terlihat seperti beg smpah hiitam saja.

Oh memang lidah setjam p1sau sungguh… Pun demikian, bagi penulis gaya berfesyen adalah sesuatu yang sangat subjektif. Ada yang melihatnya elok dan begitulah sebaliknya. Sudah namanya anak seni, pastinya Aina sebetulnya seorang insan yang mempunyai sudut pandang berbeza.

Bagusnya pula fesyen itu, ramai juga yang bersetuju ia menjadi pelindung bagi mengelakkan berlaga pipi di majlis yang sudah tentunya banyak bertemu rakan taulan yang mana menjadi budaya untuk melakukannya tatkala bersua. Pendek kata ia dapat jaga jarak sosial di alaf normal baharu bagi mengelakkan kobit ini.

Apapun keberanian Aina menyarung fesyen itu memang penulis salute. Bila lagi selebriti Malaysia nak berfesyen macam ni kan. Baru orang terbeliak. Kot tak… mungkin hanya akan dilihat sebelah mata. Tambah pula pada ABH malam tadi yang sememangnya antara satu event besar untuk anak seni. Congrats Aina.

Sumber : Ig R0tikaya & Aina Abdul

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!