“Dengan aku aku pun terikut haa mulut ni”- Netizen

Bidang pengacaraan bukanlah bidang utama buat pelakon popular, Nabila Huda memandangkan kita ketahui bakatnya adalah berlakon. Namun sejak Nabila menceburi bidang pengacaraan menerusi rancangan Melodi, popularitinya semakin mencanak naik daripada bakat mengacara yang dimilikinya. Siapa sangka, Nabila juga telah diberi peluang menggalas tugas sebagai pengacara di majlis besar Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian baru-baru ini.

Selain mengacara, Nabila atau dipanggil sebagai Abil ini sering menghiburkan netizen dengan video-video lucu yang dikongsi di Instagram. Ada saja gelagat Abil yang mencuit hati pengikut-pengikutnya di Instagram.

Malah Abil antara selebriti yang dekat dengan pengikut-pengikutnya di Instagram. VIdeo lucu dikongdi Abil pun tak pernah membosankan.

Lebih melucukan lagi apabila baru baru ini Abil berkongsi sebuah video dirinya meniru gaya nyanyian penyanyi kesayangannya, Ning Baizura. Secara umumnya, ramai mengetahui Ning Baizura popular dengan suara yang cukup lunak dan merdu.

Gaya Abil meniru nyanyian Ning Baizura telah menceriakan netizen sehinggakan ramai mengusik Abil di ruangan komen. Buat hal betul Abil ya…

Sementara itu, video Abil yang lengkap dengan busana berwarna ungu itu juga telah ditonton sehingga 221,000 tontonan dan dibanjiri komen komen daripada netizen.

Tenaga Abil meniiru nyanyian Ning Baizura berjaya memikat hati netizen. Bayangkan Abil boleh tiiru part Ning Baizura nyanyi, memang tarik habis suara.

Dasyat betul tenaga Abil ni, nampak tak penat dalam video tu hehehe.. Kena belajar daripada Abil ni.

Sumber: Instagram kupu_kupu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!