“Nak pergi mana tu, macam mambang kuning”- Netizen

Ikatan kekeluargaan yang baik amat penting dalam mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Ahli Keluarga satu-satunya insan yang cukup rapat dengan kita dan sentiasa susah senang bersama. Seperti contoh,keluarga bahagia Norman Hakim bersama Mey dan Abby Abadi sentiasa menjadi perhatian ramai netizen. Ukhuwah yang terjalin antara mereka begitu kuat dan amat disukai ramai.

Tidak salah untuk kita mencontohi keluarga bahagia Norman. Cukup harmoni dan mengambil berat antara satu sama lain. Malah ke mana sahaja mereka pergi, pasti ada tema warna untuk pakaian mereka sekeluarga.

Baru-baru ini, Norman memuatnaik video mereka sekeluarga keluar bercuti di Kuala Lumpur dengan memakai pakaian bertemakan warna kuning. Meriah dan sporting betul keluarga Norman

Ramai netizen memberi komen menyatakan perasaan suka melihat keluarga mereka sejak dahulu lagi.

Apa sahaja yang dikongsi Norman dan Memey di Instagram, pasti menjadi tumpuan netizen.

Dalam pada itu, video Norman telah menerima pelbagai komen dan ditonton sehingga 208,000 tontonan.

Macam ni lah yang kita mahukan. Happening je family Norman dengan Memey dan Abby. Anak-anak pun jadi happy tengok family bersatu hati. Semoga mereka bahagia selalu..

Sumber: Instagram Normanhakim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!