“Terus semangat frontliner ada org cantik kat situ” – Netizen

Menjadi seorang yang dikenali sebenarnya agak susah. Kerana mereka harus tampilkan dan tunjukkan sikap-sikap yang positif dan berhati-hati apabila berkata-kata atau membuat sesuatu dalam sosial media kerana terdapat segelintir warga netizen yang kadang kala boleh salah faham dengan perkataan dan perbuatan mereka. Tambahan pula, seseorang artis atau ‘instafamous’ adalah ikon yang dipandang oleh masyarakat jadi masyarakat mengharapkan mereka dapat menonjolkan imej yang baik demi masa depan anak-anak muda.

Siapa lagi tidak mengenali Mimi Lana, pelakon wanita yang tinggi lampai dan jelita. Beliau yang sudah berada dalam industri sejak 2015 selalu dipandang sebagai seorang yang peramah dalam kalangan peminatnya.

Beliau juga dilihat bukan seorang yang smb0ng apabila ditegur apatah lagi bercampur dalam kalangan peminat. Baru-baru ini, beliau berkongsi pengalaman beliau bekerjasama bersama ahli barisan hadapan menjadi sukarelawan untuk mengajak masyarakat mengambil vksiin.

Didalam gambar kongsian beliau, beliau dilihat membantu di bahagian pendaftaran vksiin di UKM Bangi dan beliau berkata di kapsyen bahawa berkemungkinan tempat penerimaan vaksiin tersebut akan dipenuhi dengan kehadiran 3000 individu pada esok hari.

Netizen sangat memuji sikap Mimi Lana yang sudi menghulurkan tangan menjadi sukarelawan demi membantu ahli barisan hadapan.

Ada juga netizen yang berseloroh berkata ramai ahli barisan tampak bersemangat apabila melihat orang yang secantik Mimi Lana menjadi sukarelawan.

Artis-artis tempatan sepatutnya mencontohi sikap Mimi Lana yang ringan tulang menghulurkan bantuan pada ahli barisan hadapan.

Kerana mereka juga perlu rehat juga dan menjadi sukarelawan membantu sedikit sebanyak mengurangkan beban yang dihadapi barisan hadapan.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!