“Isteri syurgaku slmt melahirkan putera sulungku sama tarikh seperti ibunya”- Wan Emir

Kurniaan cahaya mata adalah salah satu nikmat rezeki daripada Allah SWT yang tidak terhingga. Lebih-lebih lagi apabila menimang cahaya mata sulung, perasan bahagia yang dilalui oleh pasangan suami isteri sememangnya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Bahagianya itu memang Allah SWT saja yang tahu. Maka sebab itu lah, kita perlu mensyukuri segala nikmat yang diberikan termasuklah kehadiran cahaya mata.

Ramai selebriti Malaysia baru-baru ini telah dikurniakan cahaya mata antaranya Syatilla Melvin dan terbaru iaitu Mira Filzah. Mira Filzah antara salah satu selebriti kesukaan ramai ini telah selamat melahirkan putera sulungnya pada awal pagi ini.

Seperti ramai yang sudah jangka, Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar telah menimang cahaya mata lelaki. Dan inilah saat-saat yang dinantikan oleh ramai peminat Mira Filzah untuk melihat putera sulung milik Mira dan Emir.

Menerusi posting yang dikongsi suami Mira, beliau menyatakan Mira dan anak sulungnya telah berkongsi tarikh ulangtahun kelahiran yang sama. Mudah lah lepas ini untuk ingat tarikh ulangtahun kelahiran Mira dan cahaya mata sulung dia nanti hehe..

Ujar Emir lagi, Mira kini dalam keadaan yang sihat dan mereka berterima kasih atas ucapan dan doa buat Mira juga anak pertamanya.

Rata-rata netizen dan rakan-rakan selebriti membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah serta doa buat Mira serta suami.

“Alhamdulillah tahniah emir dan mira selamat berpantang, wah emir ada geng lah hehe, tahniah mira dpt baby boy mesti handsome macam daddy dia”-Netizen

Sementara itu, posting Emir telah menerima 93,000 tanda suka sejak dimuatnaik dua jam lalu dan ribuan komen diterima.

Selain Mira, Syatilla juga baru melahirkan cahaya mata ketiga pada Isnin. Anak sulung mereka iaitu Syeriv turut berkongsi tarikh lahir yang sama dengan adik barunya.

Tahniah Mira Filzah dan Emir. Semoga dipermudahkan urusan ye. Tak lupa juga buat Syatilla, selamat berpantang. Gak sabar betul nak tengok muka anak-anak mereka ini.

Sumber: Instagram wanemirastar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!