“Hebat tilla, baru beranak dh boleh cangkung”- Netizen

Sebut saja nama pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, pasti korang dah boleh bayangkan gelagat lucu keluarga selebriti ini. Bukan hanya setakat Syatilla dan Sam je yang jenis ‘masuk air’, anak-anak mereka pun memang melucukan. Keluarga Syatilla dan Sam antara yang disukai ramai netizen oleh kerana sikap mereka yang juga sporting habis.

Turut menjadi perhatian,anak-anak pasangan ini iaitu Syeriv dan Sarimah yang mempunyai gelagat sama macam ibu bapa mereka. Happening betul keluarga Syatilla dan Sam ini. Tengoklah anak-anak mereka pun boleh membuatkan netizen terhibur melihatnya setiap kali gelagat Syeriv mahupun Sarimah dikongsi menerusi video di Instagram oleh ibu bapa mereka sendiri.

Syeriv atau lebih mesra dengan panggilan Mat Yip sentiasa menjadi tumpuan netizen sejak lahir lagi sehinggalah sekarang. Rata-rata netizen suka melihat Mat Yip yang kini semakin membesar dengan sihat.

Pejam celik mata, sudah besar Mat Yip sekarang. Siapa sangka, Mat Yip berkongsi tarikh ulangtahun kelahiran yang sama dengan adik barunya.

Syatilla baru-baru ini telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga dan suaminya telah berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram.

Alhamdulillah tahniah buat Syatilla dan Sam yang telah menimang cahaya mata ketiga. Sama pula tu dengan tarikh lahir Mat Yip.

Sam turut berkongsi video menyanyikan lagu selamat ulangtahun kelahiran buat Mat Yip. Lebih menjadi perhatian netizen apabila Syatilla yang baru sahaja bersalin duduk mencangkung sambil memeluk Mat Yip.

Sudah semestinya ibu yang baru sahaja bersalin mempunyai pantang larang dan perlu dijaga sebaik mungkin. Walau bagaimana pun, selamat berpantang buat Syatilla ya.

Sementara itu, video Sam telah menerima 240,000 tontonan dan ucapan ulangtahun kelahiran buat Mat Yip menerusi ruangan komen. Ramai netizen turut mendoakan yang terbaik buat si cilik ini.

Selamat hari jadi Mat Yip. Semoga membesar jadi anak yang baik dan sentiasa membanggakan ibu bapa tau. Seronoknya Mat Yip dapat adik baru yang sama tarikh lahir hehe..

Sumber: Instagram shaheizy_sam

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!