“Cari bibik tak aper Tok, jgn cari baby baru” – Shamsul Ghau Ghau

Mempunyai pembantu rumah sememangnya dapat membantu memudahkan urusan isteri menguruskan kediaman tambahan pula jika mempunyai anak-anak yang masih kecil. Mana nak uruskan anak, memasak, mengemas, melayan suami jika semuanya diuruskan sendiri. Hanya wanita yang cekap dan tabah sahaja mampu menguruskan semuanya sendiri tanpa pembantu rumah. Prihatin dengan isterinya yang dalam situasi seumpamanya, pelakon, Datuk Fizz Fairuz melahirkan hasrat mahu mencarikan pembantu rumah buat isteri tersayangnya, Datin Almy Nadia. Wah… Untunglah Almy dapat encik suami yang prihatin.

Ya lah…mempunyai empat cahaya mata perempuan, Afrina Arianna, 6; Afrina Aurora, 5; Afrina Aira, 4 dan seorang anak angkat, Afrina Darwisyah, 12, huh… Memang agak mencabar juga nak menguruskan anak umur rapat-rapat tu…

Pastinya aktres Fizz juga memahami keadaan berkenaan hingga mahu menolong dengan menggajikan pembantu rumah. Itu yang dikongsikan aktor filem, Munaafik itu dalam Instagram nya ketika memberikan ucapan Hari Ibu buat Almy.

Dalam hantarannya itu juga, Fizz berkongsi foto Almy yang sedang tidur dalam kereta dalam keadaan sungguh kepenatan. Memang patutlah sebagai suami prihatin dan penyayang, Fizz tawarkan untuk ambil khidmat pembantu itu.

Kalau wanita lain yang mendengar tawaran itu daripada suami tentu sudah girang rasa di hati. Pun begitu, nampaknya tidak bagi Almy. “Welcome my love.. takyah amik bibik bagai laaaa”, balasnya di ruangan komen pada hantaran ucapan suaminya itu.

Entah apa sebabnya Almy tak mahu ambil pembantu rumah, pastinya ada alasannya yang tersendiri. Yang pasti, memang wajar juga seorang ibu mahu memastikan anak-anak dibesarkan dengan asuhan, didikan dan makan minum dari hasil air tangannya sendiri bukan?

“Pandai Almy jaga anak, takyah bibik jaga.. tabik spring kat dia. Tahniah mommy terbaik. Happy Mother’s Day”, “Sweet mom, sweet couple”, “Almy tak ada bibik pun takpe”, “Tahniah Datin, jadi ibu yg terbaik buat anak2”, “Mmg nampak sgt pengorbanan Almy Nadia, jaga Datin elok2 ya Dato'”. Itu antara komen netizen.

Dalam pada itu, tak kurang juga yang memuji Almy Nadia tidur nampak penat sekali macam tu pun nampak cantik. Memang cantik pun orangnya kan… Lihat sahaj4lah foto lama beliau masa zaman muda mudi dulu. Paling ramai yang menegur kulitnya yang cantik.

Apa pun bersyukurlah kita dengan kelebihan yang ada. Barangkali ada yang kurang, dengan adanya pasangan yang prihatin seperti Fizz ni pasti isteri pun tak lokek dalam melakukan pengorbanan untuk keluarga tersayang terutama demi anak-anak.

Almy dan Fizz telah mendirikan rumah tangga bersama pada 26 April 2014. Selain Fizz, Almy juga seorang pelakon. Nama Fizz mula dikenali selepas memegang watak Aidil dalam drama bersiri Nur Kasih gandingan bersama Tiz Zaqyah. Almy pula mula mendapat tawaran bergelar pelakon sebaik menyertai pertandingan Dewi Remaja 2005/2006.

Sumber : IG Dato’ Fizz Fairuz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!