“Maafkan sy gais, tudung sy agak ketat sebab muka sy sgt besar” – Lara Alana

Lara Alana Ahmad Awaluddin merupakan anak sulung kepada pasangan pengacara terkenal Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya. Kanak-kanak tersebut dilahirkan pada 22 Julai 2014 dan bakal menginjak keusia 7 tahun beberapa minggu lagi. Dilahirkan sebagai anak kepada pasangan selebriti menyebabkan Lara terdedah kepada dunia glamor sejak dari lahir. Bukan hanya ibu bapanya sahaja yang dikenali dan dilimpahi lensa populariti malahan kanak-kanak berkenaan juga turut menerima tempias sebaik sahaja dilahirkan.

Setelah dilahirkan, ibu bapanya telah mewujudkan akaun instagram buat anak mereka itu. Walaupun menerima kecam4n diperingkat awal namun sehingga kini akaun instagram Lara telahpun mempunyai sebanyak 4.1 juta orang pengikut yang setia mengikuti perjalanan kanak-kanak berkenaan sejak kecil sehingga berusia 7 tahun.

Setelah 7 tahun, akhirnya adik kepada Lara Alana iaitu Lyla Amina dilahirkan sekitar bulan Februari yang lalu. Perjalanan Scha dan Awal dalam mempersiapkan diri untuk menerima kehadiran cahaya mata baru itu telahpun di rakamkan secara ekslusif menerusi rancangan Schaawal Baby Boom 2021.

Pada peringkat awal Lara merasa sedikit sukar untuk menyesuaikan diri kerana sudah 7 tahun kanak-kanak itu mendapat perhatian sepenuhnya namun kini terpaksa berkongsi kasih dengan si adik. Bagaimanapun lama-kelamaan Lara sudah menyesuaikan diri dan menerima kehadiran adiknya itu dengan penuh kasih sayang.

Sudah hampir beberapa bulan Lara “naik pangkat” sebagai kakak, kehidupan kanak-kanak itu kelihatan amat gembira sekali melayani adiknya.

Para penonton yang mengikuti perjalanan mereka berdua juga merasa amat terharu ketika menonton episod kelahiran Lyla Amina kerana memahami perasaan gembira pasangan tersebut yang telah menunggu hampir 7 tahun untuk menerima kehadiran puteri kedua mereka itu.

Berkongsi mengenai pemilihan nama, menurut Awal nama Lyla merupakan pilihan peribadi Lara Alana. Manakala beliau dan isteri sepakat berkenan dengan nama Aminah.

Di sebabkan itu nama tersebut di gabungkan sebagai Lyla Amina yang membawa maksud hitam manis, jujur di percayai dan beriman.

Memuatnaik video terkini di instagram, video tersebut memaparkan Scha sedang memakaikan Lara sehelai tudung. Bagaimanapun Lara secara spontan terlebih dahulu memohon maaf kepada para penonton dan memaklumkan bahawa keadaan tudung berkenaan kelihatan agak ketat apabila dipakai olehnya kerana wajahnya yang sudah tembam.

Mendengarkan penjelasan tersebut daripada Lara, Scha kemudiannya ketawa terbahak-bahak kerana terkejut mendengarkan pengakuan ikhlas Lara.

Namun begitu Scha berkata Lara tetap kelihatan comel mengenakan tudung tersebut. Scha juga meminta Lara mengucapkan terima kasih kepada orang yang menghadiahkan tudung tersebut kepadanya.

Menjengah keruangan komen, ramai peminat yang terhibur dengan kata-kata Lara tersebut. Kejujuran kanak-kanak berkenaan begitu mencuit hati warganet.

Rata-ratanya memuji wajah Lara yang comel. Gelagat Lara yang kian membesar tidak jemu di tonton menerusi akaun instagram kanak-kanak berkenaan yang diwujudkan sekitar 7 tahun lepas.

Sejak dimuatnaik beberapa jam lepas sehingga kini video berdurasi selama beberapa minit itu telah mendapat 317368 ribu jumlah tontonan dan 1645 komen. Berikut dikongsikan antara komen-komen yang ditinggalkan oleh para peminat Lara diinstagram kanak-kanak tersebut.

“Nduk bhaaaa cian Laraa… Laraa pp tembam gtu tanda Laraa happy with family… Biasalah umur mcm Laraakan nnt klu Laraa dah besar pasti lawa mcm Mommy Scha. aslkan jadi anak yg Solehah ya” – Netizen

Jangan risau Lara, wajah Lara tetap comel dimata para peminat semua yang sudah mengikuti perjalanan kehidupan Lara sejak dari kecil lagi. Jujur betul Lara mengaku bahawa tudung kelihatan ketat kerana mukanya.

Walaupun pengakuan Lara agak mencuit hati namun para peminat semua sangat terhibur dan geram dengan kecomelan Lara apabila memakai tudung.

Sumber : ig Lara Alana.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!