“Kau tak berubah eh, ingat anak sikit” – Janna Nick

Memiliki zuriat sendiri merupakan impian terbesar bagi semua pasangan yang telah mendirikan rumahtangga di dunia ini. Tetapi buat pasangan yang baru menimang cahaya mata, keadaan dan rutin harian pasti akan berubah jika dibandingkan dengan sebelumnya. Lebih-lebih lagi buat mereka yang baru bergelar ibu, menjalani fasa pantang selama 44 hari juga pastinya tidak mudah buat mereka.

Model dan pelakon terkenal Ain Edruce baru-baru ini telah menjalani fasa pantangnya selepas berjaya melahirkan puteri sulungnya yang bernama Soraya. Dia telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang bernama Amirul Hafiz pada tahun 2019 dan pasangan ini memang sangat terkenal dalam kalangan netizen yang sangat suka melihat gelagat lucu mereka berdua.

Ain Edruce sebelum ini sangat terkenal dengan sikapnya yang ramah, lucu dan aktif. Walaupun kini sudah bergelar sebagai seorang ibu ternyata perkara itu tidak merubah sikapnya.

Ain baru-baru ini telah memuatnaik video menarinya di Instagram yang telah menarik perhatian ramai orang setelah lama tidak lihat gelagat aktif dari Ain.

Video itu telah mendapat perhatian ramai termasuk Janna Nick sendiri sebagai rakan artis kepada Ain yang terkejut dengan tingkahnya yang masih belum berubah walaupun kini sudah bergelar ibu. Pada komen tersebut, Janna Nick turut berkata dan mengingatkan Ain tentang anaknya.

Memang selalu terhibur jika lihat gelagat Ain Edruce ni. Lepas ni boleh tunggu Soraya besar, boleh lihat dia menari sama-sama dengan ibunya.

Tidak semestinya jika sudah bergelar ibu, seseorang individu itu harus berubah dan tidak lagi boleh bergiat aktif seperti sebelumnya. Ibu-ibu pun harus kekal aktif agar badan sihat dan kekal cantik seperti Ain.

Sumber: Instagram Ain Edruce

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!