“Dh agak dh, dia punya ayat percakapan tu dh blh kenal” – Netizen.

Rancangan Maharajalawak Mega saban tahun menyaksikan pelbagai variasi peserta daripada golongan pelawak senior sehinggalah kepada pelawak yang baru mula hendak bertapak. Bersiaran setiap hari jumaat, sebentar tadi telah berlangsungnya persembahan akhir kumpulan- kumpulan yang bertanding di atas pentas Maharajalawak Mega pada tahun ini.  Jika sebelum ini kumpulan pelawak selesa untuk kekal dalam kumpulan mereka sendiri namun tahun ini berbeza apabila kebanyakan mereka membuat keputusan untuk berpecah dan bergabung dengan ahli kumpulan baru demi memberikan idea yang lebih segar dan menarik.

Pada minggu pertama rancangan ini menjadi bahan kritikan apabila mengubah konsep pemberian markah. Barisan para peserta juga seperti kurang bersedia dalam memberikan persembahan malahan mereka juga kelihatan masih lagi mencari keserasian antara satu sama lain kerana pertama kali bekerjasama dalam satu kumpulan antara pelawak senior dan juga pelawak baru.

Program berkenaan juga membuat kelainan kali ini apabila menjemput beberapa orang juri baru bagi memberikan komen dan penilaian buat para peserta pada tahun ini. Mengejutkan apabila barisan juri yang di tampilkan terdiri daripada para pelakon dan penyanyi.

Menerusi tinjauan yang dilakukan terhadap perkongsian gambar barisan para juri di Instagram astro gempak mengenai program Maharajalawak Mega, para penonton telah mngg4lkan beberapa komen yang rata-ratanya mengkritik barisan juri dalam program berkenaan yang memberikan komen kurang membina buat para peserta.

Barisan juri yang di tampilkan oleh program lawak berkenaan menerima kecaman daripada netizen kerana kurang pengetahuan mengenai lawak dan komen yang diberikan buat perserta tidak dapat membantu memperbaiki persembahan para peserta.

Tidak kurang juga juri baru iaitu Sang Bara yang merupakan seekor patung naga yang turut memberikan komen dan juga markah buat para peserta. Sang Bara sangat tegas dalam penjurian malahan identiti Sang Bara juga sehingga kini menjadi teka teki kepada para penonton.

Salah seorang juri yang menjadi misteri adalah Sang Bara yang selama ini bersembunyi di sebalik topeng Naga Merah. Identiti Sang Bara tidak akan di dedahkan sehingga lah pada pentas akhir pertandingan berkenaan.

Menerusi Instagram astro gempak, pada permulaan pihak astro telah membuat pertandingan untuk para peminat meneka identiti Sang Bara. Warganet mula memberikan beberapa nama. Antara nama yang menjadi calon Sang Bara adalah Datuk Ramli MS, Kamal Adli, Sharnaaz Ahmad, Zizan Razak, Johan dan Redza Rosli.

Sementara menantikan persembahan peserta seterusnya, Kamal Adli telah membuat kemunculan selingan memperkenalkan diri sebagai Sang Bara. Pada mulanya Uqasha yang menjadi salah seorang juri agak terkejut apabila suaminya itu muncul sebagai Sang Bara. Namun begitu, kedengaran suara Sang Bara daripada belakang yang ketawa dan akhirnya berkata bahawa Kamal Adli bukanlah Sang Bara yang sebenar.

Bagaimanapun di pentas akhir Maharajalawak ini sebelum mengumumkan peserta yang menang, akhirnya identiti Sang Bara telahpun di dedahkan kepada para penonton iaitu pelakon Sharnaaz Ahmad. Kemunculan Sharnaaz Ahmad telah menerima sorakan gemuruh para penonton kerana nama Sharnaaz merupakan antara nama yang menerima paling banyak undian daripada warganet berkemungkinan besar menjadi Sang Bara.

Sudahpasti kemunculan beliau yang mendedahkan diri sebagai Sang Bara itu cukup menggembirakan hati warganet kerana tekaan warganet selama ini menjadi kenyataan. Berikut dikongsikan komen-komen netizen.

Di peringkat separuh akhir yang lalu, sebanyak 6 kumpulan telah mempersembahkan sketsa mereka bagaimanapun rezeki tidak menyebelahi kumpulan Otai apabila kumpulan berkenaan menjadi satu- satunya peserta yang tersingkir di peringkat separuh akhir.

Selangkah lagi ke peringkat akhir sudah tentu kumpulan Otai merasa kecewa terapi begitulah adat pertandingan. Mungkin rezeki tidak menyebelahi kumpulan Otai tahun ini.

Sebagai rekod program lawak Maharajalawak Mega tahun ini telah menobatkan kumpulan Tiro sebagai juara dan meletakkan kumpulan Puteh di tempat kedua. Kumpulan Boro pula mendapat tempat ketiga diikuti oleh kumpulan Bahye dan juga kumpulan Tobat di tempat kelima.

Sumber: ig astro gempak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!