“Contoh peniaga yg xkoyak bila dikritik dgn bahaasa kaasar” – Sharnaaz Ahmad

Sharnaaz Ahmad merupakan seorang pelakon yang kini telah bergelar usahawan. Kasih sayang beliau yang begitu mendalam terhadap anaknya Jebat Jayden membuatkan beliau berusaha keras demi memberikan yang terbaik buat anaknya itu. Menjengah keruangan instagram beliau, Sharnaaz sering memuatnaik aktiviti dan telatah anak kesayangan membuatkan para peminat merasa geram dan terhibur dengan gelagat Jebat.

Selain daripada berlakon dan sibuk menguruskan perniagaan, terkini Sharnaaz telah melangkah setapak lagi sebagai seorang youtuber dan membuat ulasan mengenai makanan-makanan yang dicadangkan oleh para peminat.

Bagaimanapun baru-baru ini Sharnaaz di kritik apabila ulasan beliau terhadap satu produk keluaran Dato Aliff Syukri telah mendapat perhatian daripada Dato Aliff dan Datin Shahida.

Mereka telah memberikan respon mengenai ulasan tersebut kerana bahasa yang Sharnaaz gunakan ketika membuat ulasan berkenaan produk mereka agak kasar.

Terkini menerusi instagram story, Sharnaaz telah memuatnaik satu pujian terhadap sebuah kedai makan yg telah dibuat ulasan olehnya menerusi saluran youtube.

Pengusaha kedai berkenaan secara peribadi telah menghubungi Sharnaaz menerusi media sosial dan mengucapkan terima kasih di atas kritikan membina yang diberikan Sharnaaz.

Pengusaha kedai makan tersebut juga berkata mereka akan memperbaiki kelemahan mereka selepas ini. Sharnaaz memuji usaha pengusaha tersebut kerana mampu menerima kritikan dengan hati terbuka dan akan memperbaiki kesilapannya.

Jika dilihat di ruangan komen di saluran youtube Sharnaaz, rata-rata peminat menyukai ulasan makanan yang dilakukan oleh Sharnaaz kerana pelakon drama Bukan Aku Tak Cinta itu sangat jujur dan tidak hipokrit ketika membuat ulasan.

Berikut dikongsikan komen-komen netizen di saluran youtube Sharnaaz Ahmad TV.

Ulasan makanan yang dibuat oleh Sharnaaz itu adalah lebih kepada selera dan citarasanya sendiri terhadap makanan. Setiap orang juga mempunyai pendapat masing-masing untuk menilai.

Sharnaaz pula dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara. Jadi sebagai pengusaha, kita perlulah berlapang dada dengan setiap kritikan.

Sumber : Instagram dan youtube sharnaaz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!