“Kaulah yang terpaling bongsu kan” – Catriona Ross

Sherry Alhadad dikenali ramai dengan bakatnya sebagai seorang pengacara. Sama ada mengacara di program TV atau di majlis berprestij, Sherry amat disenangi ramai penonton dengan cara beliau mengendalikan majlis atau program TV secara profesional. Sememangnya Sherry cukup berbakat dan sudah bertahun-tahun lamanya beliau menjadi pengacara. Bermulanya karier Sherry sebagai pengacara sehinggalah menjadi pelakon selepas menerima tawaran daripada syarikat produksi.

Siapa sangka, si cantik manis ini sudahbanyak kali muncul di kaca televisyen menerusi beberapa drama. Lakonan Sherry pun memang sentiasa menghiburkan penonton.

Melihat pada karier Sherry sebagai pengacara, rutin hariannya dilihat cukup sibuk dengan mengendalikan rancangan dokumentari baru-baru ini.

Apa yang menarik perhatian adalah gambar dikongsi Sherry menerusi Instagramnya telah menghiburkan ramai netizen.

Shwrry yang memuatnaik gambarnya bersama kanak-kanak di negeri Sabah telah menerima respon daripada netizen.

Rata-rata netizen memberitahu, wajah Sherry mirip dengan sekumpulan kanak-kanak Sabah itu dan lebih unik lagi apabila mereka memiliki rambut yg sama seperti Sherry. Sama iras.

Malah gambar Sherry bersama sekumpulan kanak-kanak di Sabah telah menerima 13,000 tanda suka dan pelbagai respon daripada rakan artis antaranya Catriona Ross.

Comel betul tengok geng Sherry FC ni hehe.. Lepas ni Sherry dah ada geng sendiri lah ye.

Sumber: Instagram sherryalhadad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!