“Dato jgnlah sebut harga, cukup hadiahkan itu lbh bagus”- Netizen

Usahawan terkenal, Dato Seri Vida atau Dsv memang sudah dikenali dengan baik hatinya, yang selalu memberikan hadiah kepada pekerja-pekerja beliau. Kerap kali memberikan hadiah dan selalu menyebut harga barangan tersebut. Namun ada pula yang kurang senang dengan perkara tersebut. Mungkin dilihat seperti tidak ikhlas dalam memberi jika sebutan harga diperkatakan dan disebut-sebut.

Hadiah yang diberikan bernilai RM8000, beg berjenama Gucci itu dihadiahkan kepada pekerja beliau yg setia dan bekerja dengan baik.

Ia diberi sempena ulangtahun kelahiran Aniqh. Setelah berkhidmat dalam membantu menguruskan perniagaan Dsv selama 4 tahun. Balasan Dsv untuk mengenang jasa baik pekerjanya.

Meskipun menyebut harga hadiah tersebut adalah seperti tidak manis, namun ia suatu perkara untuk menghargai nilai sesebuah pemberian.

Bukan sahaja memberikan hadiah yang istimewa dengan harga bernilai RM8000, Dsv juga membawa pekerja-pekerja beliau ke restoren mahal dan memberikan kejutan kek hari lahir.

Dsv memang bermurah hati dan sangat menghargai pekerja beliau. Cara beliau menghargai dengan cara tersebut dan ia membuatkan ramai hati tersentuh melihatnya.

Komen-komen juga mengucapkan selamat hari lahir kepada pekerja Dsv, serta mengatakan bahawa untungnya menjadi pekerja Dsv.

Ada juga yang berminat ingin menjadi pekerja Dsv, yang tidak suka akan sebutan harga juga meluah rasa. Namun, netizen yang suka akan sebutan harga kerana mereka tahu akan harga sebenar barangan berjenama. Antara komen mereka.

Semoga semua pekerja bekerja dengan baik, dan Dsv pula dimurahkan rezeki sentiasa. Ramai pula nak bekerja dengan Dsv.

Sumber: ig datoserivida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!