“Melet0p, jgn bg kak jihan pakai bukan-bukan ye”- Netizen

Fesyen pakaian selebriti Malaysia pasti menjadi tumpuan lebih-lebih lagi jika ada sebarang acara melibatkan karpet merah. Setiap kali berlangsungnya acara karpet merah melibatkan industri hiburan tanah air, ramai selebriti mengambil peluang menggayakan busana khas sentuhan daripada pereka fesyen terkenal pilihan mereka. Bukan setakat di acara karpet merah je, sesi bergambar di studio juga selalu kita lihat adanya busana unik yang dipakai oleh golongan selebriti.

Tidak terkecuali, selebriti Jihan Muse pun sering tampil dengan pelbagai jenis busana rekaan pereka fesyen tempatan. Ada saja penampilan unik daripada Jihan.

Walaupun Jihan bertudung, penampilannya masih dijaga dengan baik dan menjadi tarikan ramai netizen.

Baru-baru ini, Jihan menyertai sesi bergambar bagi calon Top 5 Anugerah Meletop Era 2021. Sesi bergambar yang dijalankan itu dimuatnaik oleh Instagram Meletop dan menjadi perhatian ramai netizen.

Dengan segala kudrat yang ada, Jihan dilihat cukup bersemangat melakukan sesi bergambar dengan pelbagai posing.

Sebelum ini, ramai netizen memberitahu Jihan seakan-akan sedang hamil anak yang kedua. Namun Jihan menafikannya dan akui berat badannya yang semakin naik.

Dalam pada itu,video Jihan yang dikongsi Meletop telah menerima 136,000 tontonan dan rata-ratanya memuji wajah cantik Jihan. Malah ada netizen mendakwa mereka melihat baby bump milik Jihan.

Semangat betul tengok Jihan punya effiort time photoshoot, nasib lawa gambar.

Sumber: Instagram Meletop

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!