“Ingat senang ka nak dapat gambaq candid” – Syatilla Melvin

Menjadi seorang usahawan bukanlah perkara yang senang. Ia memerlukan ilmu dalam perniagaan dan perlu tahu cara-cara untuk mempromosikan produk kita sendiri. Bukan sahaja ilmu, modal dari segi kewangan juga penting bagi menjana sesebuah perniagaan itu menjadi lebih baik dari masa ke semasa. Selain itu, sebagai seorang yang menjual produk, kita harus pandai menonjolkan produk kita supaya dilihat oleh pembeli yang berpotensi.

Kita sudah kenali pelakon wanita tempatan iaitu Syatilla Melvin telah menjadi usahawan bagi produk kosmetiknya.

Bekerjasama bersama adik beradiknya, mereka berjaya menaikkan produk mereka dan memperkenalkan produk kosmetik mereka kepada seluruh negara.

Di dalam sosial media ig Syatilla, beliau sering mengongsikan pengalaman di balik tabir dalam mempromosikan produk kosmetiknya bersama adik beradiknya.

Baru-baru ini, beliau berkongsi sebuah video dimana beliau dan adik beradiknya sedang dalam sesi penggambaran produk kosmetik mereka.

Didalam video tersebut, jurukamera meminta Syatilla dan adik-beradiknya membuat aksi ‘candid’ dimana berlakon seperti diambil gambar secara tidak sengaja.

Dalam kapsyen Syatilla, beliau berkata bahawa bukan senang untuk mendapatkan gambar ‘candid’. Beliau berkata jika beliau tiada pada sesi penggambaran itu, pasti semua akan merasa janggal.

Dalam bahagian komen pula, ramai yang terhibur melihat Syatilla membuat l4wak untuk menggembirakan orang keliling di dalam set dimana beliau yang pada mulanya gelak t1pu-t1pu tetapi tidak semena-mena menjadi gelak betul.

Walaupun Syatilla baru sahaja dalam kandungan trimester pertama, beliau dilihat sangat aktif dlam menjayakan perniagaannya. Semangat beliau dalam membangunkan produk sendiri sepatutnya dicontohi.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!