“Alhamdulillah, semoden moden Che Ta, ilmu agama yg diterapkan utk anak” – Netizen

Bergelar anak kepada pasangan selebriti sering kali menyebabkan anak pasangan tersebut menerima tempias populariti ibu bapa mereka sejak mereka masih kecil. Apatah lagi sekiranya pasangan berkenaan merupakan pasangan yang cukup dikenali ramai seperti Che Ta dan Zain Saidin. Pernikahan pasangan berkenaan pada 13 Disember 2013 telah mendapat liputan cukup meluas kerana Che ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan merupakan pelakon wanita yang sangat popular ketika itu.

Kejelitaan Che ta sering menjadi sebutan sehingga para peminat begitu menantikan kelahiran anak perempuannya Aaisyah Dhia Rana pada 1 November 2014 kerana teruja untuk menatap kecomelan wajah anak kepada pelakon Kiah Pekasam itu. Semakin membesar kejelitaan wajah Aishah Dhia Rana semakin menyerlah. Dan kini pada usianya yang sudahpun 7 tahun, Aishah Dhia Rana yang mesra di sapa sebagai Ecah ini semakin bijak bergaya.

Tidak cukup dengan itu, Ecah juga sepertimana ibunya Che Ta yang sangat petah bercakap. Kanak-kanak tersebut juga mempunyai pengikut mencecah 1.6 juta di media sosial. Instagram yang diwujudkan oleh ibu bapanya sejak Ecah masih kecil itu menjadi sebagai diari yang merakamkan segala aktiviti Ecah sejak dari kecil sehingga kini.

Gelagat Ecah juga sering mencuri tumpuan netizen dan video-video si cilik itu juga mencecah ratusan ribu tontonan setiap kali dimuatnaik.

Ecah sekarang boleh bertutur dalam bahasa inggeris dan bahasa melayu dengan sangat baik walau hanya baru berusia 7 tahun. Tengok lah sahaja video-video yang muatnaik oleh ibu bapanya di instagram, petah betul Ecah ni bercakap.

Ecah yang juga sudah memulakan sesi persekolahan adakalanya dilihat sedang membuat kerja sekolah dan dibantu ibunya. Telatah anak beranak itu juga turut mencuit hati apabila dikongsikan oleh ibunya itu menerusi instagram Ecah sendiri.

Terkini Che Ta telah berkongsi sebuah video yang menunjukkan anaknya Ecah memakai telekung berwarna merah sambil membaca al-quran menerusi telefon bimbit. Ecah yang ketika itu sedang ralit membaca al-quran tidak menyedari kelakuan beliau dirakamkan oleh ibunya.

Tidak lama kemudian Ecah secara tidak sengaja terpandang ibunya yang merakamkan kelakuan dirinya lantas mengukirkan senyuman manis buat ibunya. Pastinya Che Ta gembira melihat anak daranya itu kusyuk membaca al-quran dan menunaikan solat sepertimana idaman para ibu bapa yang lain juga.

Sehingga kini video berkenaan telahpun mendapat sebanyak 10,423 ribu tanda suka dan menerima 107 komen daripada para peminat kanak-kanak cilik itu.

Peminat juga memuji Che ta kerana walaupun Ecah sering dilihat bergaya seperti wanita dewasa dan suka melaram dengan berpakaian serba moden namun hakikatnya Che Ta tidak lupa menerapkan ajaran agama buat anak kesayangannya itu.

Peminat juga mendoakan supaya Ecah sentiasa istiqamah sehingga dewasa dan menjadi anak yang solehah. Ramai pula yang dah berkenan untuk jadikan Ecah sebagai bakal menantu pula. Berikut dikongsikan komen-komen yang ditinggalkan netizen buat Ecah.

Alhamdulillah sejuk mata memandang kanak-kanak seusia Ecah sudah mula membaca al-quran serta menunaikan solat. Bagus betul didikan Che Ta dan Zain terhadap anak perempuan mereka.

Sejak kecil lagi sudah didedahkan dengan ajaran agama islam mudah-mudahan apabila dewasa Ecah senang mengikuti dan istiqamah dalam mengamalkan ajaran islam.

Sumber : ig aaisyah dhia rana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!