“Jgnlah ko maarah bdk tu, kan sekolah ttp, biarlah dia nk belajar”- Zizan Razak

Gelagat anak-anak sentiasa menceriakan suasana rumah tangga buat suami dan isteri. Ada sahaja yang dilakukan si kecil ini sehingga riuh rendah dibuatnya. Sudah pasti kehadiran cahaya mata menyerikan lagi kehidupan suami isteri yang bergelar ibu bapa. Lebih-lebih lagi ketika musim PKP yang sedang dijalankan ini, pelbagai kerenah anak-anak yang kita lihat di laman sosial media.

Termasuklah pasangan Achey dan isterinya, Anne yang kini memiliki seorang anak angkat bernama Tiara. Kehidupan Achey dan Anne semakin bahagia di samping Tiara yang dijaga sejak kecil itu. Jelas terpancar bahagianya anak comel itu yang sedang membesar dengan sihat dan bijak.

Pelbagai gelagat comel Tiara banyak dikongsi oleh Achey di laman Instagram sehingga menjadi perhatian ramai. Baru-baru ini Achey berkongsi video menunjukkan reaksi pasrah selepas melihat Tiara yang telah mencalarkan kereta miliknya.

Video yang dikongsi Achey cukup mencuit hati netizen yang menontonnya. Mana tidaknya, kereta kesayangan dah dicalar anak sendiri. Itu sajalah reaksi pasrah Achey yang dapat diluahkan.

Sementara itu, Sebahagian rakan artis juga memberi reaksi lucu di ruangan komen selepas melihat gelagat Achey itu.

Malah komen pelawak Zizan Razak pada posting Achey menjadi perhatian netizen. Komen Zizan jarang sekali tidak melucukan, ada sahaja yang disakat oleh Zizan.

 

Alahai anak oh anak, kereta kesayangan ayah lah yang Tiara dah kerjakan. Cantik pulak tu lukisan buat yang dibuat hehe..

Sumber: Instagram Acheykintangkintung

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!