“Dulu selalu terfikir, kalau tak berlakon nak buat apa”- Saharul Ridzwan

Setiap manusia sudah ditetapkan rezeki masing-masing oleh Allah SWT sejak di dalam rahiim lagi. Tidak ada seorang pun manusia yang hidup tanpa diberi rezeki oleh Allah. Tiap kali kita menghadapi kesukaran, pasti ada sahaja rezeki yang datang kepada kita tidak kira masa. Maka, bersyukur lah kita sebagai hamba Allah yang sentiasa menerima rezeki dari segi wang, harta, kesihaatan, kehadiran cahaya mata dan sebagainya.

Jadi apa yang perlu kita risau? Tidak perlu risau lagi tentang rezeki kita ataupun timbul perasaan hasad dengki dengan rezeki orang lain.

Buat pelakon Saharul Ridzwan, rezekinya semakin melimpah ruah selepas melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Saharul dan isterinya, Deena Emir menjual wangi-wangian dan tudung jenama sendiri.

Saharul yang dahulunya aktif dalam bidang lakonan kini sudah mula bergerak perlahan dalam industri seni. Hal demikian kerana Saharul mahu fokus kepada perniagaan miliknya sendiri.

Siapa sangka, Saharul dari seorang pelakon terus aktif menceburi bidang perniagaan. Saharul akui, dahulunya dia pernah terfikir perkara yang akan dilakukan olehnya jika tidak berlakon.

Nmaun, Perancangan Allah itu lebih hebat. Saharul kini cukup sukses dalam bidang perniagaannya. Rezeki yang diberi Allah itu sememangnya luas.

Perkongsian posting gambar Saharul sedang membungkus barang jualannya telah dikongsi di laman Instagram. Kapsyen yang ditulis menarik perhatian ramai.

Peminat Saharul turut berkongsi perasaan gembira dan syukur melihat pelakon kesayangan mereka itu kini sukses dalam bidang perniagaan.

Dengan populariti yang dimiliki Saharul itu juga sememangnya boleh menaikkan bisnes miliknya. Ada sahaja peminat mereka yang memberi sokongan dengan membeli barang yang dijual saharul dan isterinya.

Alhamdulillah murah rezeki Saharul Ridzwan bila dah tak berlakon sekaranh. Bisnes tudung dengan minyak wangi pun dah maju. Terbaik

Sumber: Instagram Saharulridzwan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!