“Harap2 daddy diaorang pun tak lupa lah kat anak2 ni” – Netizen

Seorang ibu lazimnya akan sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak kerana bagi mereka anak merupakan permata yang paling berharga pernah dimiliki. Kasih sayang dan pergorbanan seorang ibu tidak dapat diganti dengan wang ringgit atau harta yang berlimpah sekalipun. Lebih-lebih lagi buat mereka yang bergelar ibu tunggal, membesar dan memikul tanggungjawab sendirian pasti bukanlah sesuatu yang mudah.

Pelakon cantik Rita Rudaini ini memang sudah terkenal sejak tahun 1998 lagi sejak dia menyertai pertandingan Dewi Remaja pada tahun tersebut. Terkenal dengan kecantikannya yang masih tak ubah hingga sekarang, bakatnya dalam industri lakonan juga tidak perlu dipersoalkan lagi. Sebelum ini, dia pernah mendirikan rumahtangga namun akhirnya gagal bersama pemain bola sepak negara iaitu Aidil Zafuan dan dikurniakan dua orang putera yang kacak.

Anak mereka Airit Rayyan Qizqin dan Airit Qaqa Arjuna merupakan nama gabungan antara kedua pasangan ini. Selepas bercrai, Rita hingga kini belum pernah mendirikan rumahtangga bersama orang lain kerana fokus membesarkan kedua-dua anak lelakinya itu yang turut minat dalam bidang sukan iaitu bola sepak seperti Aidil.

Video baru yang dimuatnaik oleh Rita di Instagramnya sekali lagi mendapat perhatian kerana dia menggunakan video gabungan gambar keluarga mereka dahulu bersama Aidil.

Video tersebut dimuatnaik bagi mengucapkan ulangtahun kepada anak sulungnya itu yang telah menyentuh perasaan para netizen terhadap perjuangannya selama bergelar ibu tunggal.

Walaupun sebelum ini banyak kontroversi yang menimpa dirinya serta anak-anak, tetapi itu semua tidak dapat menjatuhkan semangat Rita untuk terus kuat membesarkan anak-anak.

Malah, Rita juga tidak pernah menjauhkan anak-anaknya dari bapa mereka sendiri walaupun Aidil diakatakan tidak pernah datang untuk menjenguk mereka.

Tidak semua perempuan mampu kuat dan tabah menghadapi ujian sebagai ibu tunggal dengan cemuhan yang diberikan orang ramai seperti Rita.

Sikapnya yang begitu cekal itu dapat menjadi contoh buat ramai ibu tunggal diluar sana untuk kekal tegar bersama anak-anak.

Selamat ulangtahun yang ke 12 tahun untuk Airit Rayyan Rizqin. Semoga Airit Rayyan membesar dengan sihat dan soleh supaya dapat menjaga ibu pula lepas ni.

Sumber: Instagram Rita Rudaini

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!