“Lah Erra Faziera dah kahwin, tertinggal bas”-Netizen

Sebut saja primadona Malaysia, pasti terbayang selebriti cantik Erra Fazira yang dahulunya sangat popular dalam industri hiburan. Dengan memiliki suara yang merdu dan lakonan yang mantap, Erra telah berjaya memikat hati peminat-peminatnya. Jika ingat kembali zaman kegemilangannya, Erra pernah mencetuskan fenomena menerusi filem Maria Mariana yang sehingga kini masih ditayangkan di kaca televisyen.

Secara umumnya, kisah perkahwinan Erra pernah menjadi sebutan ramai netizen apabila Perkahwinan pertamanya bersama Yusry KRU dan perkahwinan keduanya bersama Engku Emran. Hasil perkahwinannya bersama Engku Emran,mereka dikurniakan cahaya mata perempuan iaitu Aleesya.

Jika lihat pada perkembangan hidup Erra, beliau kembali aktif berlakon dan melibatkan diri dalam rancangan Mega Lawak menerusi saluran Astro.

Namun baru-baru ini, salah satu posting video Erra bersama seorang jejaka misteri telah menimbulkan tanya tanya kepada netizen.

Video mesra Erra bersama jejaka tersebut telah dimuatnaik di laman Instagram dan rata rata netizen memberi pelbagai respon pada ruang

Ada yang menganggap Erra sudah berkahwin namun tiada sebarang pengumuman rasmi dari pelakon senior cantik ini.

Malah berkemungkinan besar jejaka yg rapat dengan Erra itu adalah pengurus beliau.

“Siapa lelaki tu, Sporting habis kakakku”- Netizen

Sementara itu, video Erra telah menerima 400,00 tontonan dan komen daripada netizen. Ramai tertanya-tanya siapakah jejaka yang kelihatan mesra dengan Erra…

Sumber: Instagram errafazira

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!