“Tak cakap blh nyanyi, kalau tak dh lama suruh nyanyi utk drama Nur” – Pengarah Nur

Sebut sahaja nama pelakon Aamyra Rosli, pasti sudah terbayang watak Nur yang dipegang oleh Amyra menerusi drama popular Nur arahan pengarah terkenal, Budak Ijat. Drama Nur sebelum ini telah menjadi pilihan penonton sehinggakan rating drama itu semakin meningkat. Lakonan yang dipegang oleh barisan pelakon handal termasuk Aamyra Rosli menyempurnakan lagi drama popular itu.

Aamyra Rosli sering dikenali dengan bakat lakonannya yang cukup menyentuh hati menerusi drama popular Nur. Namun siapa sangka, pelakon kegemaran ramai ini rupanya pandai bernyanyi.

Bakat terpendam yang ada pada Aamyra terbongkar apabila Aamyra berkongsi video beliau menyanyi di laman instagramnya. Perkongsian video itu asalnya bertujuan untuk menyahut cabaran ulangtahun kelahiran bersama adik beradiknya memandangkan ulangtahun kelahiran Aamyra jaatuh pada hari ini.

Video Amyra menyanyikan lagu Rossa bertajuk Tegar mencuri tumpuan peminat-peminatnya. Bukan setakat peminat sahaja yang terkejut,malah rakan-rakan artis juga tidak sangka Aamyra mempunyai suara yang cukup merdu. Dah lah cantik, suara merdu pula tu..

Perkongsian video oleh Aamyra telah menerima ratusan komen daripada peminat-peminatnya dan rata-rata memuji suara merdu yang dimiliki Aamyra. Video itu juga telah ditonton sehingga mencecah 300 ribu tontonan.

“Sedapnya suara, bila nak duet dengan suami, suara bestnya kak, happy birthday”- Netizen

Bukan itu sahaja, pengarah Shahrulezad atau dikenali sebagai Budak Ijat juga mngalkan komen mengusik Aamyra.

Selain berlakon, Aamyra secara umumnya merupakan pengacara terbaru Nona menggantikan Mira Filzah. Kemunculan Aamyra sebagai pengacara Nona menjadi titik permulaan buat Aamyra dalam mencungkil bakat dalam bidang pengacaraan. Semoga berjaya Aamyra Rosli.

Tak sabarnya nak tunggu cover song dari Aamyra Rosli, agak-agak ada cover song tak nanti?

Sumber: Instagram Aamyrarosli

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!