“Isteriku dunia akhirat”- Dato Jalaluddin Hassan

Pasangan kita merupakan sahabat, teman, kawan dalam hidup kita dan bermakna jika dia seorang yang memahami, menyanyangi, dan sentiasa ada disisi kita apabila kita memerluk4kan si dia. Apatah lagi jika dia pandai menghargai kita, kita seharusnya menghargai semula insan yang paling dekat dengan kita bersama susah dan senang.

Ulangtahun kelahiran isteri Dato Jalaluddin Hassan yang ke 50, ucapan beliau kepada isterinya menarik perhatian peminat.

Dengan gambar dan ucapan di ig milik beliau, peminat suka akan ucapan beliau yang menunjukkan beliau seorang yang romantik.

Akhiri ucapan beliau di ig, selamat hari lahir, isteriku dunia akhirat. Lebih yang membuatkan peminat terharu kerana beliau mengakui tidak pandai berbicara dan tidak seperti didalam drama yang mana beliau hanya membaca skrip sahaja.

Bukan hanya peminat malah rakan artis juga menyampaikan ucapan selamat dan menyatakan bahawa tidak disangka Dato sebenarnya seorang yang sangat romantik dan pandai berbicara hingga membuat pembaca juga tersenyum.

Sikapnya yang selalu tersenyum bersama isteri tercinta membuatkan ramai yang menghormati beliau, meskipun penat bekerja tetap senyum dan keceriaan terpancar di raut wajah beliau.

Dato Jalaluddin Hassan popular dengan drama Tok Samad dan telemovie Kembar Keliru. Ini merupakan perkhawinan ketiga beliau, perkhawinan pertama tidak bertahan dan perkhawinan kedua iaitu isteri beliau yang kedua telah menghadap Ilahi pada 2016.

Beliau masih berlakon dan masih mendapat banyak tawaran berlakon meskipun telah melewati zaman kegemilangan. Namun bakat beliau masih diperluk4n.

Semoga beliau dan pasangan sihat sejahtera dan berkekalan hingga ke jannah .

Sumber: ig jalaluddinhassan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!