“Org knl ibu xsmstinya sy msk dlm dunia glam0r ibu. Tlg hormati privacy kami” – Anak Zarina

Beberapa hari lalu, pelakon Zarina Zainuddin telah berkongsi satu video di instagram peribadinya mengenai kelakuan anak bongsu beliau yang telah menghabiskan sebanyak sepuluh ribu untuk membeli tiga permainan video dalam talian. Anak bongsunya itu yang bernama Adam kini berusia 15 tahun pada awalnya mengelak wajahnya dirakamkan oleh ibunya kerana malu namun Zarina bertegas kerana mahu menjadikan isu tersebut sebagai pengajaran buat anaknya.

Video tersebut juga berniat untuk memberikan pendedahan dan iktibar terhadap para ibu bapa yang lain agar lebih berhati-hati sekiranya memberikan kepercayaan menggunakan kad bank dan mengawasi tindak-tanduk anak-anak. Menurut Zarina tujuan asal beliau memberikan kad bank adalah untuk memudahkan anaknya itu membuat pembelian data internet dan makanan dalam talian.

Zarina juga berkata ekoran terlalu percayakan anak, beliau langsung tidak berfikir anaknya akan menggunakan wang tersebut untuk membeli permainan video. Lebih mengecewakan adalah wang simpanan sebanyak RM23, 000 yang selama ini dikumpulkan demi kegunaan pendidikan anaknya itu hanya berbaki RM3 sahaja.

Video yang dimuatnaik oleh Zarina yang berkongsi wajah anaknya mengaku kesilapan dan memohon maaf itu bagaimanapun telah dipadamkan selepas pelakon tersebut menerima pelbagai kecam4n daripada netizen yang tidak bersetuju dengan tindakan Zarina kerana mendakwa Zarina telah membuka aib anaknya sendiri.

Perkongsian Zarina itu telah mendapat perhatian beberapa rakan artis yang turut bersimpati dengan ujian yang menimpanya.

Terkini, Zarina telah memuatnaik sekeping gambar Direct Message (DM) yang beliau terima daripada penyanyi Bienda yang tidak lupa memberikan beliau kata-kata semangat dan mendoakan agar Zarina terus kuat dan tabah mengharungi ujian di dunia ini.

Di entri tersebut juga Zarina turut berkongsi mengenai pengajaran yang beliau perolehi setelah kejadian berkenaan. Zarina mengucapkan rasa syukur kerana kejadian tersebut telah membuka matanya bahawa keluarga adalah segala-galanya buat diri beliau.

Menurut Zarina, semalam beliau telah berbincang bersama anaknya dan menurut anaknya itu, sebagai seorang ibu beliau juga bertanggungjawab untuk menjaga maruah keluarga.

Sebagai seorang pelakon yang sering menghiasi kaca televisyen, orang ramai mengenai Zarina namun tidak semestinya orang ramai juga perlu mengenali anak-anak Zarina.

Anaknya berkata bahawa mereka tidak mahu masuk ke dalam dunia glamor ibu mereka dan mereka hanya mahu menjalani kehidupan yang normal. Anaknya itu turut meluahkan agar Zarina menghormati privasi mereka.

Kongsi Zarina lagi, pada awalnya beliau mahu anak-anaknya itu menerima kenyataan mengenai status dirinya yang merupakan seorang pelakon dan dikenali ramai.

Namun apabila memikirkan kembali permintaan anak-anaknya itu, beliau mengakui kebenaran kata-kata mereka dan akur bahawa bukan semua kita boleh kongsi dalam kehidupan kita.

Disebabkan itu, semasa menikmati sarapan pagi hari ini Zarina mengakui kesilapan diri yang terburu-buru membuat keputusan dan meminta maaf kepada anaknya.

Setelah memohon maaf, Zarina berkata dirinya merasa lebih tenang dan beliau juga berjanji bahawa hanya 2 orang sahaja anak istimewanya yang akan beliau berkongsi kepada media iaitu Azal dan Azil.

Manakala untuk 2 orang lagi anak lelakinya iaitu adik kepada Azal dan Azil, beliau tidak akan lagi kongsikan kepada umum kerana mahu menghormati keputusan mereka. Jika perlu Zarina akan meminta izin terlebih dahulu daripada mereka sebelum berkongsi.

Perkongsian Zarina itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang memuji sikap mulia Zarina yang sanggup merendahkan eg0 sebagai ibu memohon maaf kepada anak di atas kesilapan namun ada juga yang kurang bersetuju.

Bagaimanapun rata-ratanya mendoakan semoga kehidupan Zarina dan anak-anaknya sentiasa bahagia dan dipermudahkan urusan selalu. Berikut dikongsikan komen-komen netizen.

“Betul tu. Minta izin dgn tuan punya badan. Anak2 sekarang lain cara pendirian mereka. Mereka lebih out spoken dan berkebolehan untuk meluahkan ketidak puasan hati.

Zaman kita dgn mak2 kita lain caranya. Oleh itu kita kena sedar, mendidik mengikut zaman mereka. Tak salah dan sangat mulia jika ibu bapa juga boleh memohon maaf kepada anak2.” – Netizen

“salute ina minta maaf pd anak2 wpun sebagai ibu kita ni ada eg0. Ini namanya memahami anak2 diaorg pun akan respect ina. moga akak pun bolih jadi mcm ina. kakak adik pun sama tak suka masuk dlm dunia publisiti masuk dlm tik tok akak pun tak nak…jenoh dok pujuk…” – Netizen

“Tahniah Ina kerana berlapang dada menerima teguran anak. Kita sbg ibubapa pun belum tentu sempurna. Akak pun gitu jugak bila anak menegur. Muga kita semua sentiasa berusaha menjadi ibu yg lebih baik lagi” – Netizen

Jadikanlah apa yang berlaku kepada Zarina ini sebagai pengajaran dan iktibar buat kita semua supaya lebih mengawasi gerak-geri anak-anak pada masa akan datang. Cabaran mendidik anak zaman sekarang sudah berbeza dengan zaman dahulu.

Zaman sekarang sangat mencabar kerana anak-anak dibesarkan dalam zaman teknologi serba canggih dan segala-galanya dihujung jari. Mudah-mudahan urusan keluarga Zarina sentiasa dipermudahkan.

Sumber : ig zarina zainuddin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!