“Tengok mcm cousin dia yg sebelah tuh je yg lagi happy” – Netizen

Kasih sayang bapa tiada penghujungnya. Tanpa bapa siapalah kita di dunia ini. Sudah pasti bapa adalah seorang insan yang cukup bermakna buat anak-anak. Mereka lah sanggup bekerja keras demi mencari rezeki buat keluarga. Tugas seorang bapa bukanlah mudah untuk membesarkan anak-anak. Maka kita sebagai anak perlulah menghormati dan menghargai bapa sebaik mungkin.

Buat pelakon Fizo Omar yang sudah bergelar seorang bapa, anak perempuannya iaitu Maryam adalah satu-satunya harta paling berharga. Meskipun hubungan Fizo dan Mawar telah lama berakhir, mereka tetap mengutamakan Maryam dalam apa jua keadaan sekali pun.

Baru-baru ini, Maryam telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang keempat. Dan Fizo menghadiahkan anaknya sebuah kereta mainan kanak-kanak berjenama Mercedes AMG. Bagi Fizo, kehadiran Maryam membuatkan dirinya sanggup berkorban apa saja demi kebahagiaan anaknya.

Fizo berkongsi video momen bersama Maryam menerusi laman Instagram. Video tersebut menunjukkan Fizo memasang sendiri kereta mainan buat Maryam dan memberi kejutan untuk anaknya itu.

Walaupun hanya sekadar kereta mainan kanak-kanak, raut wajah Maryam cukup gembira dengan pemberian hadiah dari bapanya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen mula memberi respon menerusi ruangan komen dengan mengucapkan ucapan selamat ulangtahun buat Maryam.

Video yang dikongsi Fizo itu juga menerima tontonan sehingga 80,000 tontonan sejak tiga jam lalu.

Ramai netizen sentiasa teruja melihat perkembangan Maryam sejak kecil hinggalah sekarang. Maryam sering menjadi tumpuan ramai. Popular betul Maryam ye..

Sumber: Instagram Fizoomar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!