“Aisyah belajar dgn ayah pun okay dah, cikgu oh my english”- Netizen

Siapa sahaja tidak mengenali si cilik Aaisyah Dhia Rana yang merupakan satu-satunya anak perempuan Rozita Che Wan. Aaisyah terkenal dengan gayanya yang petah bercakap dan bijak. Bukan itu sahaja, si comel ini juga pandai bergaya hasil tunjuk ajar dari ibunya. Umumnya ramai mengetahui Che Ta antara selebriti yang versatil popular meskipun usianya sudah hampir memasuki 50 tahun.

Tidak dinafikan lagi, Populariti Aaisyah setanding ibunya yang sentiasa menjadi perhatian media dan netizen. Baru-baru ini, Aaisyah telah memuatnaik satu video di laman Instagramnya. Video tersebut antara review berkenaan kelas online bahasa Inggeris yang dilakukan oleh Aisyah.

Melihat pada video tersebut, Aaisyah kelihatan petah bercakap dalam bahasa Inggeris. Bijak sungguh Aisyah.

Walaupun baru berusia enam tahun, ia bukanlah penghalang buat anak kecil ini untuk bercakap dalam bahasa Inggeris. Aisyah juga petah bercakap dalam dialek Kedah sama seperti ibunya. Bak kata pepatah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Video yang dimuatnaik Aisyah telah mencuri perhatian netizen sehingga ditonton hampir 100,000 tontonan. Lebih melucukan lagi, gigi Aaisyah yang tercabut di bahagian hadapan menceriakan netizen. Ada sahaja netizen yang menyakatnya. Nampaknya Aaisyah kena buat gigi baru ni hehe..

Rata-rata netizen memberi komen memuji Aaisyah yang kelihatan cukup bijak dan petah berbahada Inggeris.

Bijaknya Aaisyah cakap bahasa Inggeris. Agaknya belajar dari ayahnya juga kan. Tak sabar nak tengok Aaisyah bila besar nanti, semoga membesar dengan cepat ye Aaisyah.

sumber: Instagram Aaisyahdhiarana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!