“Macam mana nak jadi ibu kalau kau beranak pun oper4te” – Netizen

Setiap pasangan suami isteri sentiasa mendambakan kehadiran cahaya mata. Cahaya mata adalah satu anugerah yang cukup indah buat suami isteri. Selepas berkahwin, cahaya mata antara yang sentiasa akan dinanti-nantikan. Begitulah perasaan teruja buat pasangan selebriti popular Ayda Jebat dan suami, Nabil Mahir tatkala menanti zuriat yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Ayda dan Mahir telah disatukan pada 1 Januari 2021 lalu dan pada tahun yang sama juga mereka bakal menimang cahaya mata sulung. Sudah tentu pasangan romantik ini sangat teruja untuk mempunyai cahaya mata yang pertama.

Perkembangan terbaru, Ayda dan Nabil telah mengumumkan jantina cahaya mata sulung mereka. Dan mereka bakal menimang cahaya mata perempuan yang pertama. Tahniah Ayda Jebat dan Nabil.

Pengumuman jantina cahaya mata sulung mereka itu diberitahu menerusi laman youtube rasmi mereka dan laman Instagram. Pada awalnya, ramai netizen sudah dapat meneka jantina bayi Ayda setelah melihat jelas bentuk perut Ayda sekarang.

Selain itu, pengumuman jantina cahaya mata Ayda dan Nabil telah mencuri tumpuan peminat-peminat mereka di Youtube dan Instagram. Tontonan di youtube telah mencecah sehingga 44,000 tontonan.

Ayda juga baru memuatnaik posting di Instagram memberitahu beliau bakal melahirkan bayi secara pembdahan tidak lama lagi.

Ramai netizen mendakwa keputusan Ayda untuk melahirkan bayi pertama secara pembeedahann tidak digalakkan. Namun Ayda menjelaskan bahawa beliau tidak mahu komen apa-apa dan menganggap bahawa pengorbanan seorang ibu melahirkan anak perlu mempunyai sokongan dan bukan cemuhan.

Ayda juga menyatakan bahaaya beliau memilih untuk bersalin secara pembdahan kerana faktor keselamatan bayi dan kesihatannya. Kenyataan ayda yang ditulis menerusi kapsyen sekaligus menerima sokongan yang positif dari rakan rakan artis dan netizen lain.

Semoga Ayda Jebat dipermudahkan urusannya untuk bersalin. Kita doa yang baik-baik sahaja, cara untuk bersalin itu bergantung pada diri masing-masing. Yang penting, kita bagi sokongan yang positif ya.

Sumber: Instagram Ayda Jebat

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!