“Telur 3 biji, aku sebijik pun dah naik loya tekak” – Netizen

Biasa kan ramai dalam kalangan kita, masa nak tidur perut mesti rasa berkeroncong memanggil-manggil minta diisi. Nampaknya pelawak, penyampai radio dan penyanyi, Mark Adam ini juga sedemikian. Lihatlah saj4lah perkongsiannya yang memasak untuk ‘mengamankan’ rasa lapar itu. Terliur juga dibuatnya apabila makan panas-panas mi segera dengan telur. Yang pasti sekali pandang bolehlah ia bantu kenyang sampai ke pagi.

Begitupun, apa yang menarik perhatian netizen daripada perkongsian Mark di Instagramnya itu, bukan sebiji telur saja yang dia masak ya, sekali tiga bijik…

Tak kurang yang berpendapat Mark mahu meniru aksi makan ala mukbang iaitu dalam bahasa Korea, bermaksud lazimnya dengan siaran audiovisual dalam talian di mana “tuan rumah” makan makanan kuantiti yang banyak sambil bercakap dengan audiens. Tapi Mark di sini senyap saja…

Pada sesiapa yang mengikuti aksi mukbang itu pasti perasan biasanya individu tersebut makan banyak telur, sebiji-sebijik begitu sahaja. Kalau Mark hanya tiga biji, aksi mukbang sebenar biasa lebih daripada itu.

Kalau kita biasa makan sebiiji dua sahaja dah rasa kenyang, kalau lebih daripada itu, bayangkanlah bagaimana rasa nak terbelahak apabila perut yang penuh tetap hendak disumbat-sumbat. Entah bagaimana mereka boleh makan…

Begitupun agak mencuit hati dengan perkongsian Mark yang acah meniru mukbang itu. Ramai juga netizen yang perasan di akhir video, Mark nampak sehingga nak termuntah. Ada juga sangka dia tercekik.

Bayangkanlah sehingga sebiji telur ditelan begitu sahaja. Bukan semua orang akan mampu buat begitu bukan. Bagi yang tak biasa tentunya akan rasa macam-macam. Paling tidak pun kelihatan seperti Mark ini.

“Nk tiru mukbang konon yer uh”, “Yg last tu eksen sgt masuk sebiji terus”, “Part last… tercekik telur…haru”, “hahaha ingat telur puyuh ke?”, “Telur 3 biji aku sebiji pun dh naik loya tekak”, “Bukan tercekik, telur Tu panas la bru masak. melet0p dlm mulut tu”. Antara komen netizen.

Apa pun memang kelakar juga konten Mark kali ini. Harap jangan ada pula yang nak buat mukbang sampai tercekik pula ya. Kot panas… sabarlah dulu. Itu pentingnya bersederhana saja dan ikut yang nabi kita ajar.

Mark Adam atau nama Islamnya Fikri Mark Adam Abdullah, 43, dilahirkan di Cebu, Filipina. Dia berhijrah ke Malaysia pada tahun 2001 dan mula terkenal di negara ini hingga kini dengan ketrampilan dan persembahan bersahajanya yang mengundang senyum dan ketawa penonton dan pendengar.

Sumber : IG Mark Adam

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!