“Dugaan ada dimana2 walaupun di msjid, adui”- Bell Ngasri

Dugaan adalah cubaan atau ujian yang diturunkan oleh Tuhan untuk menguji kita sebagai hamba. Dan sebagai hamba, kita harus menempuh dugaan yang diberi untuk melihat kita mampu atau tidak menjadi orang yang bertaqwa kepadaNya. Dugaan ini datang dari pelbagai cara dan waktu tanpa kita sedar. Namun, sebagai hamba dan manusia, kita harus bijak memilih jalan yang terbaik ketika menempuh dugaan tersebut.

Siapa tidak mengenali pelakon dan pelawak, Bell Ngasri. Beliau yang telah lama dalam industri hiburan sememangnya punyai banyak pengalaman dan dugaan yang telah beliau tempuhi.

Dan disebabkan sudah berpengalaman, beliau menjadi karier beliau sebagai salah satu cara berkongsi nasihat dan kebaikan.

Baru-baru ini, beliau berkongsi sebuah potongan drama lakonan beliau yang terisi nasihat tentang adab ketika berada di msjid.

Didalam video kongsian Bell tersebut, dilihat watak Atu sedang merenung seorang gadis yang kebetulan lalu dihadapan mereka.

Namun, lamunan Atu itu telah ditegur oleh Bell yang berkata jangan tengok mslimah dan terus menepuk muka Atu untuk menyedarkannya. Bell juga menambah satu nasihat yang berbunyi “jaga mata anda di masjid”.

Netizen sangat terhibur dengan gelagat Atu dan Bell dalam video tersebut dan ada mengatakan Bell seolah2 menepuk nyamuk ketika menepuk muka Atu.

Bagus cara Bell beri nasihat kerana beliau menggunakan bakatnya untuk menasihati orang ramai tentang kebaikan yang harus dilakukan. Betul katanya dimana-mana pun sememangnya ada dugaan. Tapi bagaimana kita atasinya adalah kunci kejayaan kita.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!